Meninjau aktiviti Pertandingan Masakan ransum Tempur PKBM (L)petang rabu lalu juga sesuatu yang mengujakan. Melihat bagaimana anggota-anggota PKBM (L) melaksanakan penyediaan makanan menggunakan Ransum Tempur Tentera Laut adalah sesuatu yang baru bagi saya. Mereka begitu kreatif mengolah makanan tempur menjadi hidangan yang lazat dan menarik.
Khamis, 31 Mei 2012
Meninjau Persiapan Tamat Perkhemahan PKBM (L) Zon Tengah
Saya dan beberapa rakan ditugaskan membantu dalam Perkhemahan Kadet Bersatu Malaysia (L) Zon Tengah bertempat di Kem Rimba Ilmu, Juasseh. Satu pengalaman yang mengujakan berada di perkhemahan ini. Terlalu banyak kelainan dan perbezaan antara KRS dan juga PKBM (L) yang boleh dipelajari. TLDM mempunyai pelbagai istiadat ketenteraan yang berlainan antara darat, udara dan laut.
Dari segi pangkat dan sebagainya jelas menunjukkan kelainan. Dari istilah Leading untuk Kopral, Bintara atau Petty Officer, GI dan sebagainya. Sesuatu yang menarik dan berlainan jika dibandingkan dengan perkhidmatan tentera yang lain. Melihat gaya kawad juga adalah sesuatu yang mengujakan. Tidak banyak unsur hentakan kaki digunakan.

Jumaat, 25 Mei 2012
Karenah Waktu Pertandingan Kawad
Terdengar satu insiden baru ni. Ada platun sekolah rendah yang hendak di "terminated" dari pertandingan kawad gara-gara minta diberikan peluang diberi sedikit masa membuat persediaan kerana mereka berkongsi peralatan. Salah seorang pegawai, tak tahulah siapa yang dengan angkuhnya menyuruh pasukan tersebut diterminatedkan.
Memang mudah bunyi mengeluarkan cadangan. Tetapi terfikirkah kita betapa susahnya sesebuah sekolah mahu menyediakan pasukan kawad. Kalau satu dah terasaa susah inikan pulan dua pasukan. Khebarnya pasukan ini sahaja yang sudi menyahut cabaran setelah sekolah-sekolah lain menolak penyertaan. Sudahlah bersusah payah dengan latihan, mengorbankan masa berbulan-bulan. Ditambah pula dengan persediaan peralatan. Yang memakan ribuan ringgit. Kita jangan mudah menghukum. Tanpa sekolah-sekolah begini, kita mungkin tak dapat menghantar pasukan kawad untuk daerah.
Di sinilah budi bicara memainkan peranan. Biarpun peraturan telah menetapkan tetapi ada kalanya budi bicara harus digunakan bagi menentukan salah satu tunggak 12 dilaksanakan iaitu "KESELESAAN BEKERJA". Kalau guru pengiring sudah dimalukan begini di depan orang lain, bagaimana mereka mahu selesa bekerja lagi. Bagaimana mereka mahu menghambakan diri untuk melatih pasukan kawad pada tahun-tahun akan datang. Bagaimana mereka mahu menjadikan kokurikulum ini penting sebagaimana diharapkan.
Berpada-padalah sewaktu membuat kenyataan atau cadangan. Renung dan kasihanlah pada sekolah yang tidak mampu. Yang menadah tangan memohon bantuan sana sini. Hanya untuk merealisasikan hasrat untuk memastikan pasukan daerah bertanding sama dan memastikan murid mendapat hak untuk memiliki sijil negeri. Khabarnya pasukan ini berazam tidak mahu lagi menghantar pasukan kerana bimbang perkara ini akan berlaku lagi dan mereka akan dipertikaikan lagi.

Ahad, 29 April 2012
MENGENAL PANGKAT DALAM KRS
Sabtu lalu saya terlibat dalam salah satu kursus kenaikan pangkat anjuran salah satu daerah di neegri saya. waktu senggang sempat berbual dengan beberapa peserta. Apa yang membuat saya terkilan apabila salah seorang peserta bertanya saya. Pangkat apa yang tuan pakai ni? Sarjan ya? Saya terkelu. Tak kan masih ada anggota KRS masih jahil dengan pangkat-pangkat dalam KRS.
Entri saya hari adalah pangkat dalam KRS sebagai pengetahuan semua. Guru-guru KRS haruslah menerapkan pengetahuan ini kepada semua anggota.
Entri saya hari adalah pangkat dalam KRS sebagai pengetahuan semua. Guru-guru KRS haruslah menerapkan pengetahuan ini kepada semua anggota.
Jumaat, 27 April 2012
KRS DAN KELAINAN KAWADNYA
Saat ini, suara Ketua-ketua Platun KRS berkumandang di merata pelosok negara memberikan arahan kawad untuk latihan mahupun pertandingan. Kaki dihentak mantap dan padu, slogan dihamburkan penuh semangat dan paling menarik adalah formasinya yang penuh kreativiti.
Sayangnya ramai yang tidak mengenali KRS tetapi cuba bercakap mengenai KRS. Cuba memberi komen yang tidak diperlukan kerana kelainan kawad KRS adalah identitinya. Rungutan dari anggota dan jurulatih KRS tentang jurulatih dari unit yang memberikan komen kadang kala melukakan hati kami penggita KRS. Betapa tidak, yang memberikan komen tidak mengenal kami dan keunikan kami. Itu rintihan anggota.
"Jurulatih mana yang ajar angkat kaki 45 darjah", komen seorang jurulatih pada anggota KRS. Solanya bukan jurulatih mana tetapi memang itu gaya kawad KRS. Jadi mengapa harus dipertikaikan. Saya merasa agak pelik tentang sikap segelintir jurulatih begini. Anda kenali dulu kawad KRS barulah anda komen dan tolong jangan samakan KRS dengan unit lain. Unit lain mempunyai badan induk yang telah mempunyai gaya kawad tersendiri. Kadet Polis dengan kawad Polis. Tentera dengan gaya kawad tentera. KRS mencipta kawad yang tersendiri dan tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa. Itu jati diri kami. KADET REMAJA SEKOLAH

Rabu, 7 Mac 2012
BIDANG TUGAS JK KERJA KEM
1. Komandan Kem
· Menubuhkan bahagian-bahagian seperti urusetia, latihan dan sebagainya untuk
memudahkan pentadbiran
· Memberi taklimat kepada Ketua Kontinjen dan mempengerusikan roll call setiap
jam 11.00 malam
· Menyediakan laporan harian dengan bantuan pegawai bertugas
· Mengadakan mesyuarat penyatuan dan penyelarasan ( harian )
· Taklimat kepada jurulatih dan juga pegawai pegawai pengiring
· Taklimat kepada peserta
· Menyediakan anggaran perbelanjaan
· Memantau keselamatan, kebajikan dan kesihatan seluruh ahli perkhemahan
pada setiap masa
· Membuat keputusan-keputusan yang penting bersama ketua Jurulatih, urusetia
dan pegawai Teknikal KRS negeri
2. Timbalan Komandan Kem
· Menjalankan tugas yang diarahkan
· Timbalan Komandan Kem 1 bertanggung jawab terus kepada peserta dan
pegawai lelaki manakala Timbalan Komandan Kem 11 bertanggung jawab terus
kepada pegawai dan peserta perempuan
3. Urusetia Perkhemaha
· Melantik Pegawai-pegawai dan PTT untuk mengendalikan Bilik Gerakan
Perkhemahan
· Menjalankan operasi pentadbiran perkhemahan
· Membuat pendaftaran peserta dan pegawai
· Mengendalikan permasalahan kem dari segi pentadbiran
· Menyediakan dan menyimpan data-data yang diperlukan seperti bilangan
peserta, pegawai, jurulatih
· Mengendalikan rekod-rekod kem
· Menghubungkan pihak agensi luar/ ibubapa/pihak sekolah dengan peserta,
pegawai atau jurulatih kem
· Mengendalikan kebajikan Jurulatih dari agensi-agensi luar jika ada
· Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa.
· Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.
· Menguruskan pelawat-pelawat rasmi
· Berhubung dengan pihak keselamatan seperti Polis,Bomba,Hospital sekiranya
berlaku sebarang masalah
· Menyediakan Buku Laporan Pegawai Bertugas, Buku Pelawat, Buku Lawatan
Polis, Buku Laporan Keluar masuk pegawai dan anggota
· Menyediakan tag khas untuk pelawat rasmi dan bukan rasmi
4. Bahagian Latihan Kem
· Bertanggung jawab terhadap semua aspek latihan, aktiviti, kejurulatihan dan
sebarang perkara berkiatan latihan
· Menghadiri dan memberI maklumat sewaktu Taklimat Komandan, Taklimat
Pertandingan dan Taklimat Hakim sekiranya diperlukan
· Mencadangkan nama-nama Jurulatih, Hakim untuk dilantik oleh Unit
Kokurikulum
· Menentukan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bersesuaian dengan keputusan
mesyuarat JK Induk
· Menentukan pembahagian dan penggiliran aktiviti dibuat secara saksama dan
memastikan semua peserta akan terlibat di dalam aktiviti
· Menyediakan Jadual Bertugas untuk Jurulatih Kontinjen
· Menyediakan Borang-borang Penghakiman dan Penjumlahan Markah
· Menjalankan taklimat pertandingan, taklimat hakim dan juga petugas-petugas
· Menentukan lokasi-lokasi aktiviti dan pertandingan diadakan mencukupi,
selamat dan sesuai
· Menyediakan Pelan bertindak sekiranya terdapat gangguan cuaca dan
sebagainya
· Berhubung dengan Pegawai Penyelaras PTT untuk menentukan bilangan dan
tugasan PTT pada setiap hari mencukupi dan mempunyai masa rehat yang sesuai
· Memantau perjalanan aktiviti dan membuat post mortem untuk tujuan
penambahbaikan pada sesi seterusnya
· Menyediakan senarai peralatan yang diperlukan oleh setiap bahagian dan
memohon dari pihak Unit Kokurikulum
· Memastikan keselamatan peralatan dan bahan yang digunakan
· Menyediakan borang penjumlahan markah dan analisis keputusan
5. Bahagian Teknikal Perkhemahan
· Mengendalikan semua aspek berkaitan teknikal sama ada di dalam
pertandingan, aktiviti dan sebagainya
· Berkerjasama dengan Bahagian latihan dan Bahagian Urusetia untuk
memasukkan data, membuat analisi dan mendapatkan keputusan dari
pertandingan-pertandingan
· Membantu tugas-tugas Pegawai Data Perkhemahan dari segi Teknikal
6. Bahagian Istiadat Perkhemahan
· Mengetuai Bahagian Istiadat Perkhemahan membuat keputusan-keputusan
berkaitan istiadat yang akan digunakan di dalam perkhemahan
· Menetapkan Prosedur Pertukaran pegawai bertugas Harian dan jadual pegawai
Bertugas
· Menetapakan prosedur istiadat menaikkan bendera pada waktu pagi dan petang
· Menentukan keseragaman pakaian anggota, pegawai dan jurulatih serta bentuk
pakaian yang boleh dan tidak boleh digunakan
· Membentuk pasukan Kawalan Kehormatan untuk Perasmian penutupan
· Menentukan susun atur kontinjen sewaktu Majlis Perasmian Penutupan
· Menentukan protocol tetamu dan majlis sewaktu Majlis Perasmian penutupan
selaras dengan KPM
7. Bahagian Logistik Perkhemahan
· Mengetuai Bahagian Logistik Perkhemahan
· Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan dan membuat permohonan
pinjaman dari agensi-agensi dari KPm atau kerajaan
· Menyediakan, menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod peralatan dari masa
ke semasa
· Membuat pembelian peralatan dan sebagainya
· Menentukan plan tapak perkhemahan dan juga label-label untuk kontinjen
· Menyediakan papan tanda untuk aktiviti dan juga papan tanda umum
· Menyediakan pelan bertindak sekiranya berlaku gangguan cuaca
· Membantu Pegawai penyelaras PTT mengendalikan Pasukan PPT
· Memantau tugas-tugas sanitasi, Pegawai Logistik Makanan, Siaraya dan
Sebagainya
8. Bahagian Keselamatan dan Tatatertib
· Bertanggung jawab terhadap keselamatan peserta dan membantu JK
Keselamatan
· Menyediakan Pos Kawalan di pintu masuk utama dan kedua untuk memantau
pergerakan jurulatih, pegawai, peserta, tetamu dan vip untuk memudahkan
tindakan pihak urusetia
· Menyediakan Pondok Polis Perkhemahan Perdana dan membuat rondaan
keselamatan bersama pihak PDRM secara berkala
· Menyediakan papan tanda keselamatan
· Membantu Bahagian Latihan untuk pergerakan peserta ke lokasi-lokasi aktiviti
dan sewaktu lawatan
· Menyediakan satu system pemantauan disiplin di kalangan peserta
· Menyediakan system untuk pelawat bukan rasmi dan lokasi pertemuan antara
pelawat dengan peserta atau pegawai
· Membuat pemantauan keselamatan di lokasi-lokasi aktiviti dan pertandingan
dan tapak perkhemahan
9. Bahagian Komunikasi Perkhemahan
· Berkerjasama dengan Bahagian Logistik untuk menubuhkan Bahagian
Komunikasi Perkhemahan
· Menyediakan system komunikasi yang menghubungkan Urusetia, Komandan
kem, Ketua Jurulatih, Pegawai Keselamatan dan Lokasi-lokasi pertandingan dan
aktiviti
· Menentukan “Call Sign” bagi setiap pemegang walkie talkie agar seragam dan
sistematik
10. Bahagian Pentadbiran Kompeni
· Mengetuai sesebuah kompeni yang terdiri dari 4 buah negeri dan mengandungi
empat buah platun iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan.
· Setiap kompeni akan menjadi penghubung antara pihak pentadbiran kem
dengan kompeni masing-masing tentang berita terkini, jadual aktiviti, jadual
pertandingan dan sebagainya
· Mempengerusikan mesyuarat kompeni pada setiap pagi dan malam
· Membuat pembahagian tugasan yang seseuai
· Mengetuai upacara menaikkan dan menurunkan bendera perkhemahan setiap
hari
· Memantau kebajikan dan keselamatan peserta
· Membantu platun yang bermasalah
· Memastikan tahap keselamatan anggota kompeni berada pada keadaan yang
terkawal
· Melantik Komander Platun dan Ketua Platun untuk memudahkan pentadbiran
Kompeni
11. Pegawai Penyelaras Aktiviti
· Menyelaras perjalanan aktiviti seperti pertandingan antara negeri, integrasi dan
aktiviti luar
· Memastikan kehadiran peserta tepat pada masanya iaitu 10 minit lebih awal
sebelum sesuatu aktiviti berlangsung
· Menyelaras keperluan pertandingan seperti kon, jam randik, boring markah dan
sebagainya
· Membantu Ketua Jurulatih untuk menyelaras perlantikan hakim dan pegawai
pertandingan
· Membantu memasukkan data pertandingan bersama Pegawai Data
Perkhemahan
· Menyediakan senarai pemenang dan menyerahkan satu salinan kepada Ketua
Jurulatih, Bahagian Hadiah dan juga urusetia
· Memastikan hadiah telah disediakan dan pemenang telah dimaklumkan
12. Pegawai Data Perkhemahan
· Memantau, memasukkan, membuat analisis data perkhemahan
· Menyenaraikan pemenang berdasarkan data dan menyerahkan keputusan
kepada Pegawai Penyelaras Pertandingan untuk disahkan
· Menyimpan dan mengumpulkan data untuk rujukan pada masa akan datang
· Menyediakan senarai penuh markah untuk kontinjen-kontinjen membuat
penilaian/post mortem
· Memasukkan data-data pertandingan untuk kegunaan Bahagian Latihan
· Mencatatkan data harian bilangan peserta pada papan yang disediakan
· Membuat analisis Keputusan Pertandingan untuk diedarkan kepada semua Ketua Kontinjen
13. Pegawai Penyelaras PTT
· Menentukan, melantik dan menentukan PTT yang sesuai untuk bertugas sebagai
Pembantu di dalam perkhemahan
· Menyediakan jadual yang lengkap dan sesuai untuk giliran bertugas PTT
sepanjang perkhemahan berlangsung
· Memastikan kebajikan dan keselamatan PTT
· Membahagikan PTT kepada Bahagian-bahagian yang memerlukan
· Menyediakan unifom yang seragam untuk kegunaan PTT agar mudah dikenal
pasti
· Menyediakan kawasan perkhemahan khas untuk PTT
14. Pegawai Bertugas Harian
· Bertanggung jawab terus kepada Komandan Kem
· Mengetuai perbarisan harian perkhemahan dan memastikan istiadat menaik
dan menurunkan bendera dilaksanakan tepat pada masanya
· Memantau perjalanan aktiviti, keselamatan peserta dan peralatan dan membuat
catatan rasmi di dalam buku laporan bertugas
· Mencatat bilangan semas semua peserta perkhemahan secara terperinci untuk
rujukan semua pihak
· Memantau kehadiran tetamu VVIP, VIP atau di kalangan ibubapa
· Memantau kebajikan tetamu VVIP, VIP
· Memastikan semua aktiviti tamat pada masanya
· Berkerjasama dengan jurulatih-jurulatih negeri yang telah diberikan penugasan
untuk setiap slot