Kursus pengurusan tertinggi guru kanan kokurikulum KRS peringkat kebangsaan sedang berlangsung di Hotel Sutera, Seremban 2. Kursus yang bermula pada 1 Disember 2011 akan berakhir pada 3 Disember 2011. Seramai 3o orang pegawai kanan KRS berhimpun di Negeri Sembilan untuk melaksanakan program yang julung kali dianjur oleh Bahagian Kesenian, Sukan dan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, kementerian Pelajaran Malaysia.