Ahad, 29 April 2012

MENGENAL PANGKAT DALAM KRS

Sabtu lalu saya terlibat dalam salah satu kursus kenaikan pangkat anjuran salah satu daerah di neegri saya. waktu senggang sempat berbual dengan beberapa peserta. Apa yang membuat saya terkilan apabila salah seorang peserta bertanya saya. Pangkat apa yang tuan pakai ni? Sarjan ya? Saya terkelu. Tak kan masih ada anggota KRS masih jahil dengan pangkat-pangkat dalam KRS.

Entri saya hari adalah pangkat dalam KRS sebagai pengetahuan semua. Guru-guru KRS haruslah menerapkan pengetahuan ini kepada semua anggota.


Pangkat untuk anggota KRS. Pangkat paling rendah adalah Lans Kopral dan diikuti dengan Kopral dan Sarjan

Jadi selepas ini saya harap tidak ada lagi anggota yang terkeliru dengan pangkat pegawai dan anggota

Jumaat, 27 April 2012

KRS DAN KELAINAN KAWADNYA

Saat ini, suara Ketua-ketua Platun KRS berkumandang di merata pelosok negara memberikan arahan kawad untuk latihan mahupun pertandingan. Kaki dihentak mantap dan padu, slogan dihamburkan penuh semangat dan paling menarik adalah formasinya yang penuh kreativiti.

Sayangnya ramai yang tidak mengenali KRS tetapi cuba bercakap mengenai KRS. Cuba memberi komen yang tidak diperlukan kerana kelainan kawad KRS adalah identitinya. Rungutan dari anggota dan jurulatih KRS tentang jurulatih dari unit yang memberikan komen kadang kala melukakan hati kami penggita KRS. Betapa tidak, yang memberikan komen tidak mengenal kami dan keunikan kami. Itu rintihan anggota.

"Jurulatih mana yang ajar angkat kaki 45 darjah", komen seorang jurulatih pada anggota KRS. Solanya bukan jurulatih mana tetapi memang itu gaya kawad KRS. Jadi mengapa harus dipertikaikan. Saya merasa agak pelik tentang sikap segelintir jurulatih begini. Anda kenali dulu kawad KRS barulah anda komen dan tolong jangan samakan KRS dengan unit lain. Unit lain mempunyai badan induk yang telah mempunyai gaya kawad tersendiri. Kadet Polis dengan kawad Polis. Tentera dengan gaya kawad tentera. KRS mencipta kawad yang tersendiri dan tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa. Itu jati diri kami. KADET REMAJA SEKOLAH