Saat ini, suara Ketua-ketua Platun KRS berkumandang di merata pelosok negara memberikan arahan kawad untuk latihan mahupun pertandingan. Kaki dihentak mantap dan padu, slogan dihamburkan penuh semangat dan paling menarik adalah formasinya yang penuh kreativiti.
Sayangnya ramai yang tidak mengenali KRS tetapi cuba bercakap mengenai KRS. Cuba memberi komen yang tidak diperlukan kerana kelainan kawad KRS adalah identitinya. Rungutan dari anggota dan jurulatih KRS tentang jurulatih dari unit yang memberikan komen kadang kala melukakan hati kami penggita KRS. Betapa tidak, yang memberikan komen tidak mengenal kami dan keunikan kami. Itu rintihan anggota.
"Jurulatih mana yang ajar angkat kaki 45 darjah", komen seorang jurulatih pada anggota KRS. Solanya bukan jurulatih mana tetapi memang itu gaya kawad KRS. Jadi mengapa harus dipertikaikan. Saya merasa agak pelik tentang sikap segelintir jurulatih begini. Anda kenali dulu kawad KRS barulah anda komen dan tolong jangan samakan KRS dengan unit lain. Unit lain mempunyai badan induk yang telah mempunyai gaya kawad tersendiri. Kadet Polis dengan kawad Polis. Tentera dengan gaya kawad tentera. KRS mencipta kawad yang tersendiri dan tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa. Itu jati diri kami. KADET REMAJA SEKOLAH