Pintu masuk ke Hutan Rekreasi tanjung Tuan. Berhampiran Ilham Resort |
Tanjung Tuan juga tempat untuk melihat burung-burung yang berhijrah menurut musim |
Rumah Api Tanjung Tuan atau dahulu dikenali dengan nama Cape Richardo yang telah bertahun-tahun memberikan jasa kepada pelayar-pelayar ataupun pelaut-pelaut |
Antara tarikan di Tg. Tuan ialah rumah api (light house) yang asalnya dibina pada tahun 1528 oleh Portugis (selepas kalahkan Melaka pada 1511) . Ianya dibina untuk mengawal lalulintas kapal di Selat Melaka ketika itu. Rumah api tersebut kemudiannya bertukar tangan kepada Belanda dan Inggeris. Juga Tg. Tuan terkenal sebagai laluan burung2 hijrah (migratory birds) dari southern hemisphere k eutara dan sebaliknya. Bagi peminat2 burung mereka ke sini pada waktu2 tertentu utk melihat, mengenalpasti dan mengira burung yang lalu. Masa aku pergi tak nampak pulak burung yang lalu mungkin timing tak kena.
Kawasan Tg.Tuan seluas lebih 70 hektar gazettekan sebagai Hutan Simpan Kekal di samping kawasan Perlindungan Burung2. Keseluruhan Tg. Tuan adalah hutan laut (coastal forest) yang masih asli. Bagi yang suka terkking dlm hutan, kawasan Tg. Tuan ada menyediakan trail yang selamat tetapi mencabar.
Sesiapa yang ada kesempatan, Hutan Simpan Tg. Tuan adalah satu tempat yang harus di lawati bila berada di Port Dickson. Mendaki ke puncak rumah api mengambil masa lebih kurang 30 minit mengikut jalan tar.
Sumber:http://alimorsipon.blogspot.com/2010/03/tgtuan.html- Mohon perkongsian untuk digunakan oleh pelajar