Rabu, 30 November 2011

KOTA BUKIT SUPAI

Jika anda berkereta dari Bandar Melaka menghala ke Akademi Malaysia, sebenaranya anda sedang menghampiri sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Jika diteruskan beberapa kilometer lagi, anda akan bertemu dengan sebuah pondok polis yang dikenali dengan nama Pondok Polis Kuala Linggi. Salah satu pondok Polis yang terletak di tebing Sungai Linggi. Lemparkan pandangan ke kiria anda. Akan kelihatan sebuah titian yang dibina untuk menghubungkan daratan dengan sebuah restoran terapung. Dan jika kita melihat ke atas bukit yang menjadi latarnya, kita akan melihat sebuah kota lama yang dipanggil Kota Bukit Supai atau Kota Linggi
Jambatan Linggi yang menyambungkan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Dahulunya penduduk Kuala Linggi dan tanjung Agas berulang alik menggunakan perahu untuk menyeberangi sungai ini.

Restoran terapung yang menyediakan makanan lazat dari sumber laut.
Di kampung ini terdapat tapak sejarah Kota Kuala Linggi (atau Fort Supai) yang dibina oleh Belanda & Bugis tahun 1757. Pada masa ini sekitar kawasan kota lama ini telah dicantikkan dan ada laluan dari Restoran Terapung Ikan Bakar yang juga tarikan baru di sini. Kota ini dibina untuk mengwal laluan keluar masuk pedagang ke kawasan-kawasan Negeri Sembilan dan Melaka. seperti yang anda tahu, Sungai Linggi merupakan laluan ke Rembau, salah satu petempatan awal di Negeri Sembilan.
 
Selain dari Bukit Supai terdapat juga sebuah pelabuhan yang dibina untuk mengendalikan urusan perniagaan dengan negara jiran, Indonesia. Bagi anda yang meminati aktiviti memancing terdapat juga kemudahan dan tempat-tempat memancing di sini juga deretan chalet yang boleh disewa untuk aktiviti keluarga mahupun kelab atau  sebagainya.
 
Binaan Kota Bukit Supai dari batu-batu merah yang banyak terdapat di kawasan ini. Pekan terdekat yang boleh anda kunjungi adalah pekan Kuala Sungai Baru
 
Sumber gambar dari :http://alimorsipon.blogspot.com/2009/06/kg-kuala-linggi-melaka.html-Mohon perkongsian untuk kegunaan pelajar