Khamis, 31 Mei 2012

Meninjau Persiapan Tamat Perkhemahan PKBM (L) Zon Tengah

Saya dan beberapa rakan ditugaskan membantu dalam Perkhemahan Kadet Bersatu Malaysia (L) Zon Tengah bertempat di Kem Rimba Ilmu, Juasseh. Satu pengalaman yang mengujakan berada di perkhemahan ini. Terlalu banyak kelainan dan perbezaan antara KRS dan juga PKBM (L) yang boleh dipelajari. TLDM mempunyai pelbagai  istiadat ketenteraan yang berlainan antara darat, udara dan laut.


Dari segi pangkat dan sebagainya jelas menunjukkan kelainan. Dari istilah Leading untuk Kopral, Bintara atau Petty Officer, GI dan sebagainya. Sesuatu yang menarik dan berlainan jika dibandingkan dengan perkhidmatan tentera yang lain. Melihat gaya kawad juga adalah sesuatu yang mengujakan. Tidak banyak  unsur hentakan kaki digunakan.