Ahad, 27 November 2011

KEPELBAGAIAN SIMPULAN DAN KEGUNAAN

Ruang masa yang ada dalam waktu cuti ini, saya sempat meninjau beberapa jenis simpulan yang mudah dibuat tetapi mempunyai beberapa fungsi yang sebenarnya jarang kita ketahui atau tidak kita ketahui. Biarpun takat pengetahuan kita sekadar pada simpulan-simpulan mudah tapi saya ingin berkongsi beberapa jenis simpulan yang boleh menjadi bahan pengetahuan am bagi anggota KRS.

SIMPULAN PENCURI@ THIEF KNOT

Sekali imbas simpulan ini seakan-akan Buku Sila tetapi setelah saya teliti, memang terdapat kelaianan antara kedua simpulan ini. Simpulan pencuri biasanya digunakan untuk mengikat bungkusan. Kita boleh mengetahui bungkusan tersebut telah diceroboh apabila kita melihat simpulan yang digunakan. Jika seseorang yang mengetahui tentang simpulan, sekali imbas mereka akan membuat simpulan Buku Sila.


Buku Sila

Simpulan Pencuri/Thief Knot
Lihat hujung kedua tali. Bagi simpulan Buku Sila, Kedua-dua hujungnya akan berada pada kedudukan yang sama manakala bagi bagi Simpulan Pencuri, salah satu hujung berada di bawah dan satu lagi berada di atas. Dari sinilah kita akan mengetahui bahawa ikatan pada bungkusan tersebut telah diceroboh.

WEDDING KNOT
Melihat namanya, kita boleh tertawa. Tetapi itulah hakikatnya. Wedding Knot berfungsi sebagai salah satu cara menyambung dua tali dengan kaedah yang mudah tapi dapat diyakini kekuatannya.

Dua utas tali disambung dengan seutas tali lain




MENYAMBUNG TALI SECARA KEKAL

Kaedah ini juga digunakan untuk menyambung dua utas tali tetapi sambungan tersebut akan kekal untuk jangka masa yang lama.

Dua utas tali disambung dengan half bight kemudia hujungnya diikat dengan lilitan tali yang lebih kecil




CROWN KNOT

Crown Knot adalah salah satu cara untuk mematikan hujung tali dengan cara yang menarik dan cantik tetapi jarang dilakukan. Biasanya kita menggunakan cara yang mudah iaitu dengan membakar atau melilitkan hujung tali dengan pita bergam

Lihat hasilnya yang cantik dan kemas

Oleh: KJ N9
Lebih banyak bahan di cdkrs.blogspot.com