Sabtu, 26 November 2011

KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI KRS

Seperti yang kita tahu, komunikasi memainkan peranan penting dalam apa sahaja kegiatan. Sama ada komunikasi secara lisan atau apa sahaja cara, komunikasi perlu ada. Bagi kegiatan KRS, salah satu bidang yang dipelajari adalah komunikasi. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh KRS untuk menjadikan aktiviti ini menarik.

Komunikasi Muka Jam
Komunikasi jenis ini menggunakan muka jam untuk menunjukkan arah. Biasa digunakan oleh pasukan keselamatan seperti Pasukan Gerakan Am dan tentera untuk  mengelirukan musuh sewaktu membuat serangan ataupun saat diserang. Kaedahnya mudah. Setiap angka mempunyai arah tertentu.
Sewaktu serangan dilakukan, biasanya Ketua Platun akan mengarahkan setiap seksyen bergerak ke barat atau timur. Contoh arahan yang dikeluarkan " seksyen 1 pukul 9, seksyen 3 pukul 3, seksyen 2 pukul 6. All round defence". Ini bermakna pasukan tersebut diarah untuk menghampiri sasaran dalam bentuk setengah bulatan.

KOD MORSE

Kod Morse adalah salah satu kaedah yang terkenal di dunia. Kebanyakan pesawat udara atau kapal menggunakan Kod Morse untuk berhubung jika perhubungan melalui suara tidak dapat dilakukan. Kod Morse menggunakan bunyi panjang dan pendek. Setiap bunyi akan diperdengarkan dalam susunan tertentu. Lihat Rajah Kod Morse di bawah

Titik mewakili satu bunyi " beep" manakala garisan pula mewakili bunyi yang lebih panjang. Selain dari bunyi,  nyalaan lampu suluh juga boleh digunakan. Nyalaan lampu suluh dibuka dan ditutup pada waktu tertentu dapat menghasilkan kod morse.

Pada zaman Peperangan Boer dahulu, tentera Inggeris yang terkepung oleh puak-puak Afrika, menggunakan bunyi hon pada enjin stim untuk menghasilkan Kod Morse dan berjaya mendapatkan bantuan dari rakan-rakan mereka.

RADIO DUA HALA (WALKIE TALKIE)

Amat popular digunakan waktu kini namun kosnya agak mahal dan memerlukan lesen penggunaan. terdapat dua jenis radio yang boleh dilihat iaitu radio yang mampu berhubung dalam jarak yang jauh seperti yang digunakan oleh Kelab-kelab Radio Amatur dan radio yang boleh berhubung di antara satu point ke satu point dalam jarak tertentu.

Bagi anggota KRS yang berminat boleh menyertai kelab-kelab Radio Amatur yang banyak terdapat di Malaysia. Jika di Negeri Sembilan terdapat NESRAC. Setiap pemegang lesen mempunyai "Callsign" yang membezakan antara seorang pemegang dengan pemegang set yang lain.


Dapatkan lebih banyak maklumat di cdkrs.blogspot.com