Selasa, 13 Disember 2011

LUBUK ANTU- DI SEBALIK NAMANYA

Gambar batu yang 'dipansap' oleh Bunga Nuing dan lubok - masih ada sehingga sekarang
Cerita Satu

Menurut cerita yang diperturunkan daripada beberapa keturunan dan orang-orang tua di daerah Lubok Antu, nama Lubok Antu wujud kerana di kawasan-kawasan Ulu-Ulu Sungai Batang Ai, sering berlaku peperangan dalam masyarakat Iban. Lantaran itu mayat-mayat orang yang terlibat dalam peperangan itu dibuang atau kemungkinan terjatuh kedalam sungai dan dihanyutkan oleh aliran deras sungai Batang Ai. Mayat-mayat yang dihanyutkan ini telah berkumpul di satu kawasan atau Lubuk di hilir Batang Ai. Mayat-mayat berkenaan telah tersekat dan tersadai di lubuk berkenaan tanpa sesiapapun yang berani menguruskannya.
Kerana itu penduduk tempatan beranggapan bahawa kawasan atau Lubuk itu telah menjadi "Keras" atau "berhantu". Lalu lahirlah nama Lubok Antu yang mengambil sempena nama lubuk tempat mayat-mayat dari ulu sungai Batang Ai tersekat atau tersadai.
Namun kini, lubuk yang dianggap berhantu dan berpuaka itu hanyalah tinggal nama dan menjadi persoalan kepada sesiapapun yang baru mendengar nama Lubok Antu. Malah, kawasan lubok berkenaan telah diperindahkan dengan lanskap taman rekreasi yang amat menarik oleh pihak Majlis Daerah Lubok Antu.
Kedudukannya adalah terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Lubok Antu dan agensi-sgensi Kerjaan lain seperti Jabatan Kastam & Eksais diRaja, Lubok Antu dan Jabatan Imigrisen, Lubok Antu.


Cerita Dua
Sejarah Daerah Lubok Antu adalah sangat unik. Berdasarkan cerita orang lama (orang tua)
hasil daripada temubual dengan beberapa orang penduduk, suatu ketika dahulu ada dua orang
adik-beradik bernama Chiri dan Jampi. Suatu hari, mereka pergi untuk
Ngamboh parang
(Nempek parang). Semasa balik dari ngamboh, mereka telah tersermpak dengan
Bunga Nuing
(Orang Panggau atau Kayangan).


Bunga Nuing telah mencabar mereka berdua untuk beradu ketajaman parang dan dalam peraduan
itu Bunga Nuing telah
mansap (menetak) batu yang terdapat di tepi sebuah lubuk. Semenjak
peristiwa itu, daerah ini secara keseluruhannya telah dikenali sebagai Lubok Antu kerana Bunga
Nuing yang menetak batu tersebut bukanlah golongan manusia biasa dan masyarakat tempatan
pada masa itu pun beranggapan bahawa lubuk tersebut adalah berhantu.
Sumber: pejabat daerah Lubuk Antu