Khamis, 8 Disember 2011

OPERASI PEMINDAHAN GAJAH DARI JELEBU KE KENYIR

Inilah gajah yang dipanggil Bujang Gagu

Gajah denak yang digunakan untuk memujuk Bujang Gagu

Para petugas dari pusat pemuliharaan gajah sedang bertungkus lumus melaksanakan pemindahan

Akhirnya Bujang Gagu selamat dipindahkan ke atas lori khas

Proses pemindahan gajah

Bujang Gagu dianggarkan berusia 45 tahun dan sering kelihatan di Kampung Gagu


Seekor gajah jantan yang berusia sekitar 45 tahun dan diberi nama oleh penduduk Kampung Gagu sebagai "Bujang Gagu" telah dipindahkan ke Kenyir baru-baru ini. Bujang Gagu dikatakan sering muncul di daerah ini terutama di kawasan Kampung Gagu yang juga menjadi kampung kelahiran Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kehadiran Gajah di daerah Jelebu bukan sesuatu yang menghairankan. hampir setiap tahun dilaporkan bahawa terdapat penduduk yang terserempak dengan kawanan gajah yang di dakwa datang dari Lembah Jemeloi, Pahang dan Jelebu antara kawasan mereka mencari makanan.

Selain gajah, daerah Jelebu juga sering dikejutkan dengan penemuan tapir atau cipan, harimau belang, harimau kumbang, rusa, kijang dan juga pelbagai binatang lain. Walaupun daerah ini hampirdengan Seremban atau Bandar Ampang tetapi persekitarannya masih lagi merupakan kawasan hutan tebal yang bersambung dengan Negeri Pahang.

Lagi maklumat tentang Aktiviti Konservasi Gajah
- http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/385
-http://temerlohpahang08.blogspot.com/2008/05/seladang-pusat-konservasi-hidupan-liar.html
-http://malaysiameriah.blogspot.com/2010/06/nasib-tapir-di-malaysia.html