Rabu, 7 Disember 2011

TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT LT KOLONEL KRS

Bahagian Kokurikulum, Kesenian dan sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengaktifkan semula Sekretariat KRS dan TKRS Peringkat Kebangsaan untuk menyemarakkan semula aktiviti KRS dan TKRS. Ini dimaklumkan sewaktu Kursus Pengurusan Tertinggi Guru Kanan Kokurikulum KRS Peringkat Kebangsaan di Hotel Sutera Seremban 2. Kursus dan temuduga yang berlangsung mulai 1 Disember dan tamat pada 3 Disember lalu.

Seramai 24 orang pegawai berpangkat Mejar terlibat dalam kursus dan temuduga bagi kenaikan pangkat Lt Kolonel (KRS). Pangkat ini baru diwartakan untuk pegawai-pegawai yang terlibat dengan latihan KRS. Satu cara yang amat menarik dan memang terasa betapa peritnya menghadapi 4 orang panel penemuduga. Pegawai kanan yang hadir dan menjadi panel adalah Tuan Rashid Mean dari KPM, Tuan Ropizal Hazri dari JPN Pahang, Tuan jamil dari JPN Pulau Pinang, Tuan Hj Anuar dan Ustaz Farazila, pengasas KRS serta dua orang dari Jemaah Nazir.

Bagi makluman pegawai-pegawai, pemilihan yang diadakan bukan semudah yang disangka. Setiap calon diminta menyediakan dua kertas iaitu Kertas Konsep bagi program kebangsaan dan Kertas Modul Latihan bagi kemahiran yang dipilih. Menyediakan kertas konsep dan kertas modul memang  mudah tetapi mempertahankan kertas konsep bukan sesuatu yang mudah. Soalan-soalan yang dikemukakan bertalu-talu dan benar-benar menguji pengetahuan calon. setiap calon menghabiskan m,asa antara 40 hingga 1 jam 15 minit berada bersama panel. Antara soalan popular adalah punca kuasa KRS yang menjurus kepada Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1995 iaitu surat arahan penubuhan KRS di sekolah-sekolah.

Selain itu, setiap calon diajukan dengan soalan-soalan kurikulum KRS, penyelesaian masalah seperti berlakunya sebarang kematian sewaktu aktiviti, perbezaan antara pegawai pentadbiran dan latihan serta soalan-soalan yang menjuru kepada kepakaran setiap calon. Temuduga yang bermula pada jam 8.00 pagi tamat pada jam 1.30 pagi 3 Disember. Jadi bayangkan bagaimana setiap calon membuat persediaan.  Jika setakat datang dan menyiapkan tugasan di hotel, jawapannya bertalu-talulah soalan dari panel. Persediaan rapi amat perlu dan mampu mengekang soalan-soalan yang datang. Dan sewajarnya mereka yang dilantik harus diberikan penghormatan yang sesuai kerana bertungkus-lumus mempersiapkan diri dari serangan soalan-soalan panel
Antara Panel penilai yang bertugas di Bilik 1. Terdapat dua bilik disediakan untuk proses temuduga.
Turut dijelaskan bahawa, bagi setiap pegawai yang bertugas sebagai sekretariat daerah, akan kekal pada pangkat sedia ada. sebagai contoh, jika seorang leftenan dilantik menjadi Ketua Jurulatih daerah, maka pangkatnya tetap leftenan dan pegawai tersebut perlu mengikuti semua kursus bagi melayakkan mereka ditauliahkan sebagai Kapten dan seterusnya.

Pihak BKK, KPM juga memaklumkan bahawa proses kenaikan pangkat bagi Leftenan Kolonel KRS pada waktu akan datang akan lebih sukar dan getir. Antaranya kursus 4 hari 3 malam yang akan menguji pelbagai kemahiran, pengetahuan dan sebagainya.

Kebanyakan negeri menghantar calon-calon kecuali Sarawak. Terdapat juga negeri yang menghantar seorang calon kerana kesilapan maklumat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penghargaan kepada BPG dan BKK, Kementerian Pelajaran yang kembali meletakkan KRS pada tempat sewajarnya. Bagi yang terpilih dan lulus temuduga, tahniah diucapkan dan bagi pihak negeri-negeri terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada calon-calon untuk mencuba nasib setelah bertahun-tahun menyumbang bakti dalam KRS.