Khamis, 8 Disember 2011

DAPUR KAYU

Saya masih ingat lagi, sewaktu kecil dahulu. Dapur kayu adalah sinonim dengan masyarakat desa seperti kami. Kayu getah yang banyak di sekeliling kampung akan dikumpulkan. Yang bersaiz besar akan dibelah. bersaiz kecil pula dipotong dengan ukuran yang sama. Disusun di bawah rumah agar tidak terkena hujan dan basah.

Jika anda biasa menoreh getah, kepingan getah yang kering pada pelan torehan akan diambil dan dijadikan umpan untuk menyalakan api. seksa betul untuk memasak ketika itu. Asap, abu dan jelaga akan menghiasi ruang dapur. Mungkin generasi sekarang tidak merasai semua itu.

Berikut saya paparkan gambar dapur kayu yang diambil dari sumber: http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/dapur_dapurkayu.htm


Lihat susunan kayu api dibawah dapur. bahan bakar yang paling murah



Buluh kecil dijadikan peniup untuk menyemarakkan pembakaran