Khamis, 8 Disember 2011

TAMU BESAR DI KOTA BELUD

Sewaktu saya bertugas di sabah dahulu, saya sempat tiba di sebuah pekan yang unik. Seolah perkampungan cowboy. Kuda di mana-mana. namun ada yang lebih menarik dari itu.... Tamu Kota Belud


Sejarah    
Pasar mingguan yang diadakan pada setiap minggu di pekan,dipanggil 'Tamu'. Salah satu tamu yang menarik di Sabah terletak di Kota Belud, 2 jam perjalanan menggunakan kereta dari Kota Kinabalu. Pada hari Ahad setiap minggu, para penduduk tempatan berkumpul di tapak tamu untul berurus niaga, dan bertukar-tukar cerita dan pandangan. Bagi penduduk tempatan, tamu lebih kepada tempat mereka bersosial daripada untuk kegiatan komersial. Peniaga yang datang dari bandar besar menjual barangan seperti kaset dan kalkulator.

Walaupun penduduk Kota Belud terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, majoriti penduduk merupakan orang yang berbangsa Bajau. Generasi demi generasi, mereka membesar dengan sifat semulajadi yang tertarik kepada kuda, sekali dengan reputasi mereka sebagai pahlawan yang gagah dahulu kala dengan kepakaran mereka dengan kuda. Pada masa kini, mereka melatih kuda untuk kelab lumba kuda.

KEBUDAYAAN
Tamu Kota Belud dikenali umum dengan keunikan Kuda Bajau. Koboi Timur menggelar Kota Belud sebagai tempat asal mereka, dan mereka mungkin sekali merupakan etnik yang berpakaian paling menarik dan berwarna-warni di antara kumpulan etnik-etnik di Sabah.
Pakaian sutera dan kostum merah, hijau, kuning dan putih mereka hampir menyamai pakaian penjajah Sepanyol pada abad ke-16 dengan lengan yang bersaiz besar dan berenda. Aksesori mereka hampir menyamai budaya Cina, yang memakai aksesori kepala(serimpak) yang bertatahkan kepingan butang perak dan tempat meletak sireh digunakan secara meluas dengan jam saku Belanda pada abad ke-17.
Fabrik yang dibuat menggunakan tangan yang dihiasi mewah dililit disekeliling pinggang dan penutup kepala untuk lelaki yang bercorak menarik, berpakaian lengkap dengan pisau belati. Kostum yang sangat bagus ini menunjukkan sejarah perdagangan Bajau pada dahulu sewaktu mereka masih menjadi kelasi/pelayar. Kemudian, bila mereka berhenti berdagang, mereka menyudahkan pakaian tradisional bagi perayaan mereka di mana seorang wanita menari dengan elegannya dan membuatkan orang yang menontonnya kagum. Penemuan baru menunjukkan orang muda sekarang cenderung untuk memakai pakaian tradisional ini semasa melangsungkan perkahwinan walaupun sesetengah pihak menganggap pakaian tersebut murah. Tetapi, ini membantu untuk menimbulkan kesedaran betapa pentingya untuk meneruskan budaya sekarang dan terdapat juga warisan yang penting dan berterusan untuk dibanggakan!


MAKANAN

Semasa anda membeli-belah,tidakkah anda tiba-tiba merasa lapar? Jangan risau, anda tidak perlu turun ke pekan hanya untuk mengisi perut anda. Anda boleh menjumpai banyak gerai makanan yang menjual makanan-makanan yang enak di tamu. Bagi mereka yang Muslim, jangan risau kerana terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan halal. Anda juga boleh merasai keenakan kuih tradisional seperti "penjaram" , "jala" , "baulu" , "penganan" , kerepek ubi , "sapit" , "berati" dan sebagainya. Kuih-kuih tradisional ini sememangnya merupakan hasil daripada wanita-wanita Kota Belud. Para generasi baru harus belajar dan menghargai warisan yang diwarisi secara turun-temurun ini. Makanan dan kuih-kuih tradisional ini boleh didapati dengan mudah pada harga yang berpatutan.


TAMU BESAR


















Tamu adalah pasar yang di adakan di Tanah lapang dan Tamu Kota Belud merupakan tamu yang terbesar di Sabah. Di ketika ini, para petani, nelayan dan peniaga peniaga kecil akan mempamerkan hasil hasil mereka yang terbaik untuk di jual kepada orang ramai dan juga pelawat.
Tamu besar Kota Belud adalah acara tahunan. Ia memperkenalkan keunikan adat dan budaya kaum Bajau. Di ketika ini, semua kaum akan tampil berpakaian baju tradisi kaum masing-masing selama tiga hari yang penuh dengan persembahan kebudayaan yang gilang gemilang. Kaum Bajau akan membuat perbarisan besar besaran bersama kuda kuda yang dihias dengan baju baju tradisi. Kemudian para penunggang kuda ini akan membuat pertunjukan tentang kehebatan mereka dalam meuunggang kuda. Selain dari membeli dan menjual seperti lazimnya, aktiviti yang lain adalah pameran hasil hasil tanaman dan ternakan.
Para pelawat tentu akan merasa bahawa persembahan pakaian tradisi, tarian, musik dan upacara upacara yang di adakan adalah satu pengalaman yang unik dan yang memberi daya tarikan yang hebat kepada mereka yang datang dari komuniti yang lain atau yang hidup dalam perjalanan pantas kehidupan di kota.

Dipetik dari:http://www.sabah.edu.my/itmr07043/tamu_malay.htm