Selasa, 13 Disember 2011

RENTAP PEJUANG KEBEBASAN



Pendahuluan

Bangsa yang mempunyai sejarahnya sendiri tentulah berasa bangga jika menoleh ke satu-satu zaman gemilangnnya yang terlukis dengan berbagai-bagai peristiwa yang meriwayatkan peri kegagahan dan keberanian pahlawan-pahlawan legenda mereka dalam khidmat menjulang mutu kemuliaan dan kebesaran negara (A. Samad Ahmad, 1957:1). Begitu juga bagi orang Iban cerita-cerita lisan tentang kegagahan dan keberanian tokoh-tokoh pahlawan legenda mereka seperti Rentap bukan sahaja sentiasa dikenang dan disanjung, malahan terus dikembangkan, dihidupkan dan dinilai semula dengan persepsi yang baru.

Rentap yang dahulunya telah dianggap oleh regim Brooke sebagai pengganas, pemberontak, perampas, pengacau dan lanun serta pernah dikhianati oleh sekutu dan rakan seperjuangan, dikhianati oleh bangsanya sendiri serta rakyat Bumi Kenyalang ini, kini dianggap sebagai pejuang kebebasan dan nasionalis yang berjuang untuk menghalang kuasa asing daripada meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke bumi Sarawak. Rentap dan rakan-rakannya berjuang untuk mempertahankan kebudayaan dan gaya hidup yang telah diamalkan sejak turun-temurun (A.M. Cooper, 1968: 1 dan Chang Pat Foh, 1997 107).

Persatuan Kesusasteraan Sarawak (1983 :40-41) juga mengungkapakan perkara yang sama tentang Rentap;

If you walk into the Town Betong in the Second Division of Sarawak, you will find a road named Rentap. And when you sit down in a coffee shop chating with the Iban elders, they will tell you endless story of their hero Rentap, who had led the people in the Second Division, particularly from Skrang and Saribas (Ulu Layar) to drive away the White Rajah in order to maintain their life and freedom.

Sama ada dinilai sebagai ‘lanun’, pejuang atau pun pemberontak Rentap tetap merupakan pahlawan Iban yang paling diagungkan [the most fabled], seperti yang diperkatakan oleh Robert Pringle (1970:91); Rentap was the most prominent warrior of the upper Skrang, the probated the slayer of Dato Patinggi Ali in Kerangan Peris in 1844, and the later the most fabled Iban rebel in Sarawak history.

Pada bulan Oktober 1989 Kerajaan Negeri Sarawak telah memperbaiki kawasan persemadian Rentap Bukit Sibau yang terletak di Ulu Wak, Julau dalam Bahagian Sarikei. Sebuah tugu peringatan juga turut didirikan di Bukit Sibau sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Rentap yang telah menghabiskan sebahagian daripada riwayatnya menentang Regim Brooke di Sarawak selama lebih kurang 17 tahun (1844-1861).

Perkuburan yang baru dan tugu inskripsi Rentap itu telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada 28, Oktober 1989 dalam satu upacara yang agak meriah dengan kehadiran beberapa orang ketua masyarakat berbilang kaum di Sarawak. Kata-kata pengiktirafan yang dituliskan pada tugu itu seperti yang dipetik daripada Chang Pat Foh (1997: 112) adalah berbunyi;

Herein lies the remains of the great lban warrior, named Libau. Also proudly known as Rentap Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menoa. He whistood the might of the Brooke Regime force in several battles. His well-known battles were in Bukit Sadok, which is approximately 44 kilometers, 141 degrees southeast from Bukit Sibau, in the Sarikei Division.

Rentap was a native of Skrang chief During the early part of his life, he joined sea-raiding expeditions with paramount iban leader, Orang Kaya Pemancha Dana Bayang. Rentap then led many successful sea expeditions to achieve fame as a chief war of Skrang. When James Brooke became the Rajah of sarawak on 25 September 1841, he declared that the sea-faring Saribas and Skrang Iban were pirates.

Rentap first met and fought the White Rajah at Kerangan Peris in Skrang in August 1844. Early in 1853, Rentap and his force attacked the Brooke at Lintang Batang, above Nanga Skrang where his son-in law, Layang, fought gallantly and kill Allan Lee. In August 1854, James Brooke with a large force of 7, 000 Dayaks and Malays attacked and over ran Rentap at his stockade at Sungai Lang. Rentap and his follower retreated and strategically to the top of Bukit Sadok. On 2 April 1857, Charles Brooke, as Qffìcer-in-charge of Fort James at Nanga Skrang, set an expedition force against Rentap at Bukit Sadok. The Brooke force failed to overcome Rentap.

Toward the end of 1858, Charles Brooke and his force again attacked Rentap and his follower s stronghold at Sadok ft was again failure. In September 1861, Charles Brooke organized the third expedition against Rentap. There was heay fighting between the two forces.

Finally, Charles Brooke and his force managed to destroy Rentap s stronghold Rentap s power was eventually broken but did not offìcially surrender. He and some of his follower retreated to Bukit Lanjak. From there, he moved down to Entabai, the branch of Kanowit, then to Sungai Wak, Julau where he died at old age sometimes in 1870s.

He was given an honorable Iban burial custom knaws as Lumbong by his followers and family. Lumbong is a burial custom of keeping the dead to lay in state above the ground, and kept from the weather in specially constructed on a hiIl. This new memorial tomb (Lumbong Rentap) was installed by the Sarawak Government in token of Rentap s fight for freedom from the Brooke s regime and in remembrance of his determination to defend the Iban traditional way of life.

Lumbong Rentap was officially commemorated by YB Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang. Deputy Chief Minister and Minister for Agriculture and Community Development on 28 October 1989, before a large crowd consisting of Rentap’s descendants, Iban leaders and other invited guest from all communities through out Sarawak.

Selain itu, di Bahagian Betong, Saribas, Sarawak nama Rentap telah diabadikan dengan menamakan sebatang jalan raya di bandar Betong sebagai Jalan Rentap dan Dewan Masyarakat Betong juga telah dinamakan Dewan Panglima Rentap dan bangunan pentadbiran Majlis Daerah Betong dinamakan pula Kubu Rentap. Ironinya, orang yang memainkan peranan penting dalam mengatur strategi untuk menjatuhkan Rentap di Bukit Sadok dalam tahun 1861 ialah orang Iban Batang Layar, Saribas. Misalnya Jabu apai Umping dari Bangat merupakan orang yang bertanggung jawab memujuk Nanang dan Luyoh supaya meninggalkan Rentap di Bukit Sadok. Apa yang menghairankan kini, nama Rentap bukan sahaja diabadikan sebagai nama jalan dan bangunan tetapi ada antara cucu-cicit orang yang pernah mengkhianati Rentap tanpa segan silu mengaku diri daripada keturunan Rentap, malahan ada anak mereka diberi nama Rentap. Selain di Betong, Rentap Lounge di Hotel Damai Lagoon di Kuching juga dinamakan sempena nama Rentap.

Pada 27, Julai 1993, Rentap yang telah dicop oleh James Brooke sebagai the most determined pirate and the most cruel savage in Borneo, telah diistiyharkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai hero negeri Sarawak, gambarnya (relief figure) telah ditampalkan pada tugu di Heroes Monument di Museum Garden di Kuching bersama sembilan lagi hero lain termasuk Datuk Merpati Jepang, Dato Patinggi Ali, Abang Manai, Kulow, Sherip Masahor, Sawing, Liu Shanbang dan Y.A.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Malaysia) dan juga Rosly Dhoby.

Selain itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan kira-kira lima ratus orang pahlawan Iban Skrang dan Saribas yang tekorban dalam peperangan di Beting Maru yang telah berlaku pada malam 31 Julai, 1849, kerajaan Sarawak telah mendirikan Beting Maru Memorial (Tugu Peringatan Beting Maru) berdekatan dengan Nanga Kalaka, Kabong di Bahagian Betong.

Di samping itu, sebagai memperingati pahlawan lengenda ini dan juga untuk mempromosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah perjuangan rakyatnya dalam menentang penjajah, kisah peperangan Rentap di Bukit Sadok juga telah dipentaskan kepada para pelancong dan orang ramai pada Malam Gawai Pelancongan di Kampung Budaya Sarawak pada 1 7.5. l 997 (Chang Pat Foh, 1997: 110).

Ketua Menteri Sarawak, Y.A.B. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (sekarang Pehin Sri) dalam ucapan perasmian Heroes Monument di Sarawak Museum Garden di Kuching pada 27 Julai 1 997 (Chang Pat Foh, 1 997 : ii) mengatakan bahawa;

The high time that Sarawak History should rewritten to present the true picture of the story and not base on the negative views and opinions of the colonialist. Sarawak Heroes should not be regarded as rebels and crirninals as alleged by the Brooke Regirne a British Colonialist. Infact, they were nothing more than the early nationalist who dares to defy the White Men’s rule

Penentangan Rentap terhadap penjajah merupakan suatu peristiwa sejarah yang besar dalam sejarah Sarawak. Penentangan beliau merupakan satu reaksi awal terhadap penjajah dan boleh dianggap sebagai perintis kepada beberapa siri kebangkitan penentang-penentang Iban yang tidak putus-putus menentang Regim Brooke sehingga kepada kebangkitan pahlawan Iban terakhir, Penghulu Asun Bah Tunggal (Banjir Kilat) dari Entabai dari tahun 1929 -1932. Tempoh perjuangan Rentap selama hampir 20 tahun (1844-1861) bukanlah satu tempoh yang singkat bagi sejarah sesebuah perjuangan.

A. M. Cooper (1968:1) dalam bukunya Men of Sarawak telah memilih untuk meletakan Rentap dimuka depan dan mengatakan Rentap merupakan tokoh pemimpin perang Iban yang paling hebat dan berpengaruh di zamannya. Menurut Cooper;

Rentap is one of Sarawak great Iban war chief of the nineteenth century. Rentap did not want James Brooke or any other foreigner to ruler over his people. He fought fiercely and fearlessly for a long time against the Rajah’s men. His struggle won the respect of his enemies andforces the Government of Sarawak to allow the Iban to live their own way of ljfe without much interferencefrom the Brooke Government.

Akhbar Sarawak Tribune keluaran Selasa, 26 Mac 2002 turut memperingati serta menanjungi perjuangan Rentap;

The resistance rendered by they local warriors led by legendary Iban folk hero, Rentap was so strong that Brooke had to shif his administrarive Betong berween 1840 and 1860 s. Brooke had to build Fort Lily in Betong in 1858 to contain Rentap attacks.

The for, which still srands today, is situated next to Belong Mosque. Despite the, fact that they had 10 depend heavily on Timpang Berang and indigenous weaponry, Rentap and his men managed to defeat Brooke s force on many occasion. In fact, the white Rajah had 10 send three mission to attack Rentap s stronghold in Bukit Sadok- one in 1857, another in 1858 and the last one in 1861- before he managed 10 wresr Bukit Sadokfrom Rentap and left the Iban warriors with no choice but t0 retreat to Ulu Entabai, a triburary ofthe Kanowit River. Today, many public institutions and buildings in Betong including schools, a civic centre and hilI housing the District Office named afer Rentap.

Today, many public institutions and buildings in Betong including schools, a civic centre and hill housing the District Office named afler Rentap by the State Government 10 commemorate his contribution to the independence of Sarawak.

Until today, tales of Rentaps bravery and courage infighting the white invaders are being kept alive and passed down to younger Íbans in the longhouses through oral traditions. And Timpang Brang the cannon used by Rentap in his battle against Brooke soldiers is a vivid reminder to younger Sarawakians of their forefathers struggle to liberalise Sarawak. School children in the State today are also introduced to Rentap through their history text books.

Apa yang menariknya tentang tulisan dan sajungan Cooper dan Sarawak Tribune ini ialah, mengapa mereka tidak memilih dan menulis sedemikian rupa tentang pahlawan-pahlawan Iban lain seperti Linggir Mali Lebu, Lang Ngindang, Aji apai Limpa serta Ngumbang dan Bantin yang juga dianggap legenda yang hebat dan pernah berjuang bermati-matian menentang Regim Brooke di Sarawak suatu ketika dahulu.

Untuk menjawab segala pertanyaan ini kita perlu menyingkap segala cerita dan misteri tentang Rentap, baik yang tersirat dalam cerita-cerita lisan, mahupun yang tersurat dalam tulisan-tulisan bangsa penjajah atau pun anak Bumi Kenyalang sendiri. Nescaya kita akan ketemui apakah dia keistimewaan dan kelebihan Panglima Rentap ini.

Profil Seorang Pahlawan

Jika dibandingkan dengan pahlawan-pahlawan Saribas yang lain seperti O.K.P Dana Bayang ataupun Linggir Mali Lebu, tidak banyak perkara yang menarik dan istimewa tentang bioadata dan latar belakang pahlawan legenda ini, Libau Rentap adalah anak sulung kepada Ningkan dan isterinya Imbong. Benedict Sandin dalam artikelnya Iban Heroes Dreams and Apparitions dalam SMJ Vol. 19 dan juga dalam versi Iban Tiga Belas Bengkah Mimpi Tuai-tuai Dayak Iban 1966, telah menceritakan dengan panjang lebar mimpi-mimpi OKP Dana, Linggir dan 11 orang lagi pahlawan Iban yang lain dengan panjang lebar, tetapi beliau tidak ada menceritakan mimpi Rentap.

Tidak ada siapa yang mengetahui sebenarnya bila dan di mana dilahirkan. Namun menurut sumber terdekat dan boleh dipercayaai Rentap ialah anak Ningkan dan Imbong dan dipercayaai dilahirkan lebih kurang dalam tahun 1800. Menurut Datuk Seri Edmund Langgu Saga Rentap merupakan sepupu kepada OKP Dana Bayang dan nama Rentap hanya muncul setelah beliau dikatakan berpindah dari Nanga Engkejemut di hilir Skrang ke Sungai Lang. Adik-beradik Rentap yang lain ialah yang lain ialah Jarop, Ringgit, Lepo dan Serini. Rentap, Jarop dan Ringgit diam di Skrang. Lepo pindah ke Sungai Ngemah di Batang Rajang, manakala adik perempuan mereka Serini mengikuti suaminya berpindah ke Sungai Muput di Batang Anap yang kinì dalam Bahagian Bintulu. Adik Rentap, Ringgit merupakan ‘manuk sabung’ yang paling berani dan dipercayaai Rentap, malah daripada segi jumlah musuh yang maut ditangannya juga lebih banyak daripada yang pernah Rentap lakukan sepanjang hayatnya.

Keluarga Rentap dipercayai berasal dari Ulu Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Sebaik sahaja Rentap lahir mereka sekeluarga bersama beberapa keluarga Iban yang lain berpindah dari Ulu Kapuas dan diam di Ulu Skrang. Nama yang diberikan kepada Rentap sebaik sahaja dia dilahirkan ialah Libau, setelah membunuh beberapa orang musuh semasa mengayau, di bawah pimpinan OK Rabong dan juga OKP Dana Bayang, Libau diberikan ensumbar atau pun julok (nama gelaran); Libau Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menoa. Selepas itu nama Libau lebih dikenali sebagai Rentap.

Rentap beristerikan Sawai, yang kemudian diceraikannya kerana mahu beristerikan Berinjan. Rentap dan Sawai beranakkan Tambong dan Ensimai. Tambong bersuamikan Layang, tidak mempunyai anak. Mereka mengambil Subang sebagai anak angkat. Subang kemudiannya berkahwin dengan Penghulu Dalam Munan anak Penghulu Minggat apai Runai dari Awik, di Krian. Menantu Rentap, Layang suami Tambong juga merupakan seorang pahlawan yang gagah berani, dialah yang membunuh Allan Lee di Lintang Batang dekat Nanga Skrang dalam tahun 1853.

Kebanyakan penulis seperti A.M. Cooper, Chang Fat Foh dan Benedict Sandin mengandaikan Rentap dilahirkan lebih kurang dalam tahun 1800. Selain daripada Sawai Rentap juga berkahwin dengan isteri mudanya yag digelar Ranee Bukit Sadok, tetapi setakat yang diketahuinya Rentap tidak ada anak dengan isteri mudanya ini.

Selepas lebih daripada 100 tahun (1870-an — 1989) lumbong Rentap terbiar begitu sahaja di Bukit Sibau, malahan mungkin hampir dilupakan orang, akhirnya pada tahun 1 989, Kerajaan Negeri Sarawak telah memperbaiki kubur Rentap dan mendirikan tugu peringatan di situ. Lumbong Rentap yang diperbuat daripada kayu tebelian yang hampir reput telah dibuat semula dengan bertutupkan cermin supaya orang ramai boleh melihat tulang rangka Rentap. Secara fizikalnya, Rentap digambarkan sebagai seorang lelaki yang kuat, tabah dan berani dengan ketinggian lebih kurang lima kaki lapan inchi (Chang Pat Foh, 1997: 107)

Keistimewaan Rentap

Rentap merupakan satu-satunya pahlawan legenda Iban yang paling banyak mendapat perhatian, pujian dan sanjungan daripada pelbagai pihak sama ada sebagai individu ataupun persatuan. Daripada seorang pahlawan yang dahulunya digelar pemberontak oleh penjajah kini Rentap merupakan satu-satunya pahlawan legenda Iban yang dipandang sebagai pejuang kebebasan yang berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman penjajah. Persoalannya di sini apakah kelebihan dan keistimewaan Rentap sehinggakan beliau diletakkan dì kedudukan paling tinggi jika dibandingkan dengan pahlawan Iban yang lain.

Daripada kajian ini, didapati Rentap mempunyai beberapa keistimewaan berbanding dengan pahlawan Iban yang lain. Antaranya ialah keberaniannya, kebijaksanaanya menyusun strategi, ketabahan, kecekalan dan keteguhan pendiriannya dan juga beberapa keluarbiasaannya serta nasib serìng kali menyebelahinya.

Keberanian Rentap

Sesiapa sahaja yang bergelar ketua perang sudah pasti memiliki keberanian yang tinggi, kerana keberaniannya itulah yang membangkitkan reputasinya sebagai ketua supaya ia akan dihormati, disanjungi dan ditaati oleh pengikutpengikutnya. Bagi Rentap, baik dinilai sebagai pahlawan yang dituntut oleh kebudayaan dan adat tradisi masyarakat Iban ataupun dilihat sebagai pejuang bangsa yang menentang penjajah, keberaniannya tetap berada di kedudukan yang tinggi.

Libau Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menoa, begitulah ensumbar atau nama gelaran yang diberikan kepada Libau (nama asal Rentap). Gelaran itu merupakan satu pengiktirafan terhadap keberanian Rentap. Pada masa dahulu, biasanya nama gelaran ini diberikan oleh pahlawan-pahlawan (ketua perang) yang lain dan bukannya sesuatu yang sengaja dibuat-buat atau diberikan dengan sesuka hati.

Keberanian Rentap mula terserlah setelah beberapa kali menyertai eksepedisi perang yang diketuai oleh O.K.P Dana Bayang menyerang beberapa daerah di pesisiran pantai Kalimantan Barat termasuk Singkawang, Mentrado, Sambas dan Pontianak. Pada suatu ketika Rentap telah mengetuai Iban Skrang mengikuti OKP Dana Bayang meyerang pekampungan Melayu dan orang Cina di pekan Pontianak. Rentap yang merupakan tuai serang (leading warrior) Dana Bayang dengan beraninya melompat ke dalam perahu orang Melayu Pontianak yang sedang mengejarnya ke tengah Iaut laIu menetak kesemua musuh yang berada di dalam perahu berkenaan. Pada ketika inilah Rentap telah memperolehi sebilah keris yang berhulukan emas.

Menurut Benedict Sandin (dalam Robert Pringle, 1970:56), peristiwa ini telah berlaku lebih kurang pada tahun 1855 ; on one excursion to the Pontianak [Sambas] area Rentap supposed to have masscared a boatload of Pontianak Malay, among of them a nephew of the Sultan, from whom he captured a kris with a gold handle. Setelah sekian lama menjadi pengikut O.K.P Dana Bayang ahkirnya Rentap sendiri telah menjadi ketua perang. Beliau sering mengetuai pahlawan Saribas dan Skrang menyerang musuh hingga ke Sambas dan Pontianak di Kalimantan, seperti yang dicatatkan oleh A.M. Cooper (1968:1):

In 1837, for instance, he captured the brass canon of a gunboat belonging to the Sultan Pontianak by boarding the boat in full sight of it companion vessel a Ducth warship, killing it crew and making offwith the canon and other loot. He and his men escape without injury andfoiled the pursuers.

Di sini kita lihat betapa beraninya Rentap membawa para pengikutnya yang hanya bersenjatakan parang ilang menyerang sebuah kapal yang lengkap dengan senapang dan meriam. Dari pada pahlawan biasa, beliau diangkat menjadi ketua hulubalang dan akhirnya menjadi ketua perang yang disegani. Kejayaan Rentap sebagai ketua perang adalah bermula dari bawah, dengan segala usaha dan berkat kesungguhannya, bukannya seperti kebanyakan pemimpin perang Saribas seperti O.K.P. Dana Bayang, Aji, Nanang, Linggir Mali Lebu dan juga Penghulu Dalam Munan yang menjadi terkenal kerana mewarisi pengaruh dan pangkat ketua perang daripada ayah mereka.

Kalau dilihat dari perspektif tuntutan kebudayaan tradisi dan adat resam Iban, keberanian Rentap ini adalah setaraf dengan keberanian pahlawan Iban yang sezaman atau pun yang selepasnya, kalau pun tidak lebih tinggi lagi. Seperti yang dikatakan oleh Robert Pringle (1970: 56): Rentap is known to every modern schoolboy in Sarawak for his later exploits against the White Rajah. Although he lived further up the Skrang River than did Orang Kaya Gasing.

Sebagai pejuang kebebasan menentang penjajah Rentap telah berternpur dengan Regim Brooke sebanyak tujuh kali, iaitu bermula dengan pertempuran di Kerangan Peris (1844), diikuti oleh pertempuran di Beting Maru (1 849), empat tahun kemudian Rentap bertempur dengan Regim Brooke sebanyak dua ka1i iaitu di Lintang Batang, dekat Nanga Skrang dan di Sungai Lang. Selepas pertempuran di Sungai Lang Rentap bertahan di Bukit Sadok dan bertempur dengan Regim Brooke sebanyak tiga kali, iaitu dalam tahun 1857, 1858 dan1861.

Sebelum Raja Sarawak itu menyerang Rentap di Kerangan Peris mereka telah pun mengalahkan kubu-kubu Iban Saribas di Padeh, Paku dan Rimbas dan ketua Iban Skrang yang turut bersama Rentap bertahan di Kerangan Peris ialah Orang Kaya Gasing, Sandom, Linggi dan Bulan Genaya (Lihat juga Benedict Sandin, 1967: 75-76).

Walaupun Rentap menyedari orang-orangnya lemah dan serba kekurangan berbanding dengan angkatan James Brooke yang lebih ramai dan lengkap dengan senjata dan senapang, namun beliau tidak gentar untuk menentang James Brooke. Menurut Robert Pringle (1970:76-77), tempat pertahanan Rentap dan orang-orangnya di Kerangan Peris53 tidaklah sehebat kubu-kubu Iban Saribas yang telah pun dimusnahkan oleh angkatan James Brooke.

Menurut Pringle;

The Sarawak force advanced up the Skrang. inending to attack the capital of the enemy at Kerangan Peris. It turned out to be no more than a stockade longhouse, located about thirty miles from the mouth ofthe river. The local Iban had no firearms effort, but the fought effectively enough with more traditional tactics, springing a successful ambush on some over-confident Sarawak Malays accompanied by Henry Wise, Brooke s London agent.

The Iban, led by the later famous rebels, overwhelmed the party with slones and spears when it advanced toofar ahead ofthe main expedition, and capsized it boat in the river. They manage to kill the unfortunate Englishmen, Mr. Sreward, and rernoved his head. They also killed the leader of the Malays, Dato Patinggi Áli, as well as twenty-nine of his follower.

Menurut Robert Pringle (1970: ), pertempuran di Kerangan Peris ini telah meninggalkan beberapa memori penting dalam sejarah Sarawak; yang pertaina inilah buat kali pertama beriaku daiam sejarah Sarawak kepada orang berbangsa Eropah (Tuan Steward) ditawan oleh orang Iban. Yang kedua kematian Dato Patinggi Ali merupakan simbol pengorbanan orang Melayu dalam khidmat mereka membantu Regim Brooke dan yang ketiga, menurut Benedict Sandin (l962) ia merupakan permulaan kepada era perpecahan di antara Iban Ulu Skrang dengan Iban hilir Skrang kerana selepas pertempuran ini O. K. Gasing, Sandom dan Linggi telah berpaling tadah menyokong James Brooke, hanya tinggal Rentap dan Bulan Genaya yang meneruskan perjuangan menentang kerajaan Brooke.

Dengan hanya berbekalkan semangat dan keberanian yang tinggi Rentap dan pahlawan-pahlawannya yang hanya bersenjatakan batu, lembing dan parang telah berjaya mengalahkan angkatan di Kerangan Peris dan telah mengorbankan dua orang penting dalam angakatan Sarawak iaitu Tuan Steward dan Dato Patinggi Ali.

Dalam petempuran di Beting Maru 1849 Rentap telah menunjukkan keberaniannya yang tinggi, walaupun beliau menyedari kapal-kapal perang James Brooke berpuluh- puluh kali ganda lebih besar daripada perau pengayau (perahu perang) mereka, tetapi dengan beranìnya Rentap telah membawa orang-orangnya melanggar kapal Brooke (Nemesis) yang bersenjatakan meriam dan senapang, tetapi Rentap , seperti yang dicatatkan oleh Robert Pringle (1970: 82); there were not more four small brass guns in the fleet, adding that each bangkong [perahul carried muskets and quantities of spears, swords and sheilds . Persoalannya di sini patutkah James Brooke, mengecap Rentap dan orang-orang sebagai lanun? Berapa banyakah barang- barang rampasan yang dapat dimuatkan ke dalam bangkong perahu mereka?

Menurut Chang Fat Foh (1997: 108) dan juga Latifah Haji Shebli (1974, 48-49); pertempuran di Beting Maru yang berlaku pada 31 Julai, 1849 is one ofthe largest naval battle in Sarawak history. The battle lasted some five hours with some 500 pirates killed. Di sini kita lihat Perang Beting Maru itu bukan satu perkara kecil-kecilan yang berlaku sekelip mata dan sudah tentu tempoh lima jam itu bukan suatu tempoh yang singkat bagi pahalawan beperahu menentang beberapa buah kapal perang yang bukan sahaja besar tetapi mempunyai senjata yang jauh bebih baik dengan dibantu oleh berpuluh-puluh buah perahu perang Iban, Melayu dan Bidayuh.

Menurut Benedict Sandin dalam tulisannya tentang Perang Beting Maru lebih menonjolkan keberanian moyangnya Linggir Mali Lebu dan langsung tidak menyebut tentang Rentap akan tetapi menurut para penulis lain seperti A.M. Cooper, Latifah Haji Shebli dan Chang Fat Poh Rentaplah merupakan tokoh penting dalam perang itu.

Walaupun perahu kecil pihak Rentap menentang tiga buah kapal perang Brooke dan diperkuatkan lagi dengan kira-kira 80 buah perahu perang Iban Balau dan Sebuyau. Namun demikian, dengan berbekalkan segala kekuatan dan keberanian yang ada ahkirnya dapat juga Rentap bersama orang-orangnya menyelamatkan diri lari ke hulu Saribas dan mendirikan kubu mereka di Sungai Lang, berdekatan dengan tempat bernama Tabbat, yang terletak di banjaran Sadok. Semasa di Sungai Lang, Rentap tidak berdiam diri terus menunjukkan penentangannya terhadap kerajaan Brooke dan dari situ beliau meneruskan serangannya terhadap orang Iban sepanjang sungai Batang Lupar yang kini dianggap oleh Rentap sebagai musuhnya, kerana mereka memihak kepada kerajaan Brooke (A.M. Cooper, 1968 : 3).

Selepas Perang Beting Maru Raja James Brooke lalu mendirikan kubunya di muara-muara sungai yang strategik untuk mengukuhkan kuasanya di seluruh Bahagian Kedua antaranya adalah kubu di Nanga Lingga dan di Nanga Skrang. Kubu-kubu ini bertujuan untuk menghalang orang Iban Skrang daripada membantu Iban Saribas menyerang Iban yang lain, terutamanya lagì Iban Balau dan Sebuyau di sepanjang Batang Lupar. Kubu di Lingga dijaga Tuan Allan Lee dengan dibantu oleh orang-orang Balau, manakala Kubu James di Skrang dijaga oleh Tuan Brereton dengan dibantu oieh orang Iban Skrang hilir. Maka, Rentap pun berasa sanggat marah kerana kubu itu menutupi Nanga Skrang, tiada Iagi jalannya ke Batang Lupar dan pesisir pantai Sarawak. Oleh itu Rentap bersama pengikut-pengikut telah pergi ke Nanga Skrang untuk menyerang kubu yang baru sahaja siap itu.

Di sini kita melihat keberanian dan kesungguhan Rentap untuk menghalau penjajah. Beliau tidak bersikap tunggu dan lihat, tetapi telah bertindak. Menurut laporan Brooke mereka yang terkorban dalam pertempuran ini kurang daridapa 300 orang sahaja. Perang Beting Maru ini juga telah menyebabkan James Brooke dikecam hebat oleh media British di Negeri-negeri Selat dan England (Pringle 1 970).

Seperti yang dicatatkan oleh Chang Fat Foh (I997: 108): On the 24 July 1849 Rajah James Brooke abroad his ship Royalist and escorted by Nemesis and Ranee as welI as about eighty warboat, led an expedition to destroy those from Skrang and Saribas that he considered pirates

Kesimpulan

Rentap adalah satu-satunya Pahlawan Iban yang tidak pernah secara rasmi mengiktiraf kekuasaan Kerajaan Brooke di Sarawak. Semasa pahlawan Iban yang lain seperti Linggir, Minggat dan Tarang (Sekadar menyebut beberapa nama) mengejar nama, kuasa, kekayaan dan pangkat membantu pihak Kerajaan menyerang pihak lain yang belum tunduk kepada kekuasaan Brooke Rentap lebih rela berdiam diri kerana beliau tidak mengejar itu semua. Menepati kata-katanya; Selagi hayat di kandung badan Rentap tidak mahu melihat wajah orang putih.

Kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rentap lebìh 100 tahun yang lalu; Selagi hayatku ada, selama itulah aku tidak mahu melihat wajah orang putih, seolah- olah masih segar dalam ingatan, terutamanya bagi mereka yang benar-benar menghayati perjuangan Rentap. Kebenciannya terhadap bangsa penjajah itu bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh dan sengaja dibuat-buat, kebencian Rentap tersebut jelas menampakkan keteguhan pendiriannya yang tidak mahu melihat bumi Sarawak diperintah oleh bangsa asing. Kebenciannya itu terus hidup walaupun jasadnya tersemadi di Bukit Sibau.

Dari aspek keberanian, memang tidak dapat dinafikan ramai pahlawan Iban yang mungkin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah juka dibandingkan dengan Rentap. Akan tetapi dari segi kebijaksanaan, ketabahan, dan keteguhan pendirian mereka dalam menentang penjajah tidak setanding dengan Rentap. Tidak seperti Linggir Mali Lebu, Minggat, Bantin ijau Layang, Ngumbang dan banyak lagi pahlawan Iban yang lain. Rentap telah meletakkan keberaniannya pada ruang yang betul, iaitu untuk membela bangsa dan tanah airnya, bukannya untuk mengejar nama, jawatan dan pangkat yang dijanjikan pleh penjajah.

Kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rentap lebìh 100 tahun yang lalu; Selagi hayatku ada, selama itulah aku tidak mahu melihat wajah orang putih, seolah- olah masih segar dalam ingatan, terutamanya bagi mereka yang benar-benar menghayati perjuangan Rentap. Kebenciannya terhadap bangsa penjajah itu bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh dan sengaja dibuat-buat, ia jelas menampakkan keteguhan pendiriannya yang tidak mahu melihat bumi Sarawak diperintah oleh bangsa asing. Kebenciannya itu terus hidup walaupun jasadnya tersemadi di Bukit Sibau.

Daripada aspek keberanian, memang tidak dapat dinafikan ramai pahlawan Iban yang mungkin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah jika dibandingkan dengan Rentap. Akan tetapi dari segi kebijaksanaan, ketabahan, dan keteguhan pendirian mereka dalam menentang penjajah tidak setanding dengan Rentap. Tidak seperti Linggir Mali Lebu, Minggat, Bantin Ijau Layang, Ngumbang dan banyak lagi pahlawan Iban yang lain. Rentap telah meletakkan keberaniannya pada ruang yang betul, iaitu untuk membela bangsa dan tanah airnya, bukannya untuk mengejar nama, jawatan dan pangkat yang dijanjikan pleh penjajah.

Tempat-tempat seperti Kerangan Peris, Beting Maru, Lintang Batang, Sungai Lang dan Bukit Sadok terus mengimbau kenangan dan nostalgia kita. Tempat-tempat inilah yang telah menjadi saksi kepada pengorbanan dan perjuangan Rentap. Bukit Sadok dan Rentap adalah dua nama yang begitu sinonim dan tidak dapat dipisahkan dan boleh diibaratkan seperti legenda Hang Tuah dengan kehebatan Keris Taming Sarinya.

Namun demikian sebagai manusia biasa Rentap juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kelemahan, kejayaan demi kejayan yang dilaluinya telah menyebabkan Rentap menjadi angkuh dan sombong dan akhirya beliau telah cuba menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua yang dihormati untuk kepentingan peribadi, misalnya beliau telah menceraikan isterinya yang tua dan mengahwini gadis yang lebih muda. Perbuatan Rentap ini telah menyebabkan kebanyakan pengikutnya telah meninggalkannya dan inilah merupakan salah satu faktor yang telah membawa kejatuhannya pada tahun 1861.

Kadang-kadang memang terlalu sukar untuk kita menerima dan memahami mengapa Rentap dan pengikutnya begitu kejam, tidak berperikemanusiaan dan tanpa belas kasihan, menyerang, membunuh dan merampas barang-barang daripada musuh mereka. Melihat kepada perbuatan sememangnya sukar untuk menolak dakwaan penjajah bahawa mereka ini lanun atau headhunters. Oleh itu untuk memahami mengapa Rentap dan orang-orangnya sanggup melakukan perkara seumpama itu, kita perlu menyingkap sejarah kebudayaan dan adat resam masyarakat Iban, masyarakat di mana Rentap dilahirkan dan dibesarkan.

Pada masa dahulu amalan headhunting dan bejalai itu merupakan sebahagian daripada keperluan dalam kebudayaan orang Iban. ia merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka pada zaman dahulu yang telah berakar-umbi dalam jiwa Rentap.

Namun demikian, James Brooke dan penggantinya Charles Brooke serta beberapa orang pembantu mereka seperti Spenser St. John dan Steven Runciman gagal melihat kerasionalan perjuangan Rentap dari perspektif patriotisme. Mereka sering menggambarkan perjuangan Rentap sebagai bersifat tidak rasional, hanya kerana ingin mempertahankan cara hidup Iban, terutamanya headhunting. Akan tetapi, Rentap bukan berjuang untuk mempertahankan budaya headhunting, sebenarnya beliau sememangnya benci melihat penjajah asing memerintah bumi Sarawak. Walaupun, seandainya James Brooke membenarkannya melakukan headhunting dan datang kepadanya dengan tujuan persahabatan sekalipun, Rentap tetap tidak mahu menerima kehadiran James Brooke apatah lagi mengakuinya Raja Sarawak.

Kalau pun kita mernbuat perbandingan di kalangan tokoh yang sama-sama diangkat oleh kerajaan Sarawak sebagai Heroes of The Land of Hornbill pada tahun 1993, hanya dua orang sahaja pahlawan (bukan Iban) yang mungkin dapat kita samakan dengan Rentap, mereka ialah Sherip Masahor dan Sawing yang bertanggungjawab membunuh dua pegawai Eropah di Kubu Emma di Kanowit pada tahun 1858. Manakala hero-hero yang lainya bolehlah dikatakan sekadar untuk mencukupkan kuota sahaja, atau sekadar untuk inenyenangkan pihak-pihak tertentu sahaja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sesunguhnya Rentap merupakan pahlawan Iban yang paling layak untuk diberikan sanjungan dan kenangan yang berpanjangan daripada semua orang Iban. Beliau merupakan pahlawan Iban yang paling berani dan paling lama menentang penjajah dan juga paling banyak bertempur dengan penjajah. Beliau telah berjaya memenangi tiga daripada tujuh pertempuran dengan penjajah. Antara kemenangannya ialah di Kerangan Peris (1844) dan dua kali di Bukit Sadok (1857 dan 1858). Dalam pertempuran di Lintang Batang dekat Nanga Skrang (1853), walaupun kalah tetapi Rentap dan para pahlawannya telah berjaya membunuh Tuan Allan Lee.

Selain itu, Rentap juga merupakan satu-satunya pahlawan Iban yang telah mengorbankan dua orang pegawai berbangsa Eropah iaitu Allan Lee dan George Steward dan juga mengorbankan Dato’ Patinggi Ali yang memihak kepada James Brooke. Mereka yang dari keturunan pahlawan-pahlawan Iban yang dahulunya mengkhianati Rentap dan bersekongkol dengan penjajah, kini seharusnya sedar dan mengakui kesilapan nenek moyang mereka dahulu kerana menyokong penjajah.

Sebagai kesimpulannya, kesemua pahlawan Iban itu sememangnya pejuang, yang membezakan mereka dengan Rentap ialah mereka sanggup mengkhianati bangsa dan tanah air sehingga sanggup berjuang untuk menghapuskan bangsa sendiri semata-mata untuk mengejar nama dan pangkat serta kedudukan. Sesungguhnya perjuangan Rentap tidak terhingga nilainya jika dibandingkan dengan nama dan pangkat yang dianugerahkan oleh penjajah.

Dalam kelompok yang kecil dan dengan keadaan yang serba kekurangan serta pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan pengkhianat bangsanya sendiri yang menjadi pembelot, pengintip dan tali barut penjajah dapat juga Rentap mempertahankan perjuangannya dalam tempoh selama kira-kira 20 tahun (1841 – 1861). Namun begitu, bukan semua kaum di Malaysia berkongsi nilai sejarah yang sama dengan kita, seperti juga Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau, Tok Janggut dan beberapa lagi mereka yang lain tidak pernah dianggap hero pihak tertentu.