Selasa, 10 Januari 2012

PERKHEMAHAN DALAM KRS

Perkhemahan merupakan salah satu dari kurikulum KRS dan TKRS. Merupakan satu aktiviti yang menarik dan paling mudah untuk melakukan penilaian terhadap penguasaan kemahiran yang diajar kepada anggota. Namun begitu, ki yang boleh dia juga perlu mengambil kira beberapa aspek seperti keselamatan pelajar, kesihatan serta sebarang perkara yang tidak diingini.

Terdapat pelbagai jenis perkhemahan boleh diadakan. Besar atau kecil saiznya bergantung kepada mereka yang menganjurkan aktiviti tersebut. Berikut saya galurkan beberapa jenis perkhemahan yang boleh diadakan oleh anggota KRS.

Perkhemahan Dan Pengembaraan
Pada zaman aktiviti berpengakap dahulu, kami sering melakukan perkhemahan dalam waktu cuti sekolah. Kami bergerak dengan basikal dari satu lokasiu ke satu lokasi. Setiap satu lokasi kami akan bermalam selama satu atau dua malam disamping menyelesaikan beberapa tugasan seperti membersihkan kawasan masjid, kubur atau sebagainya bagi memenuhkan kehendak ujian Lencana Tertinggi Pengakap Remaja. Selepas itu, kami bergerak ke lokasi yang pula dan bermalam di lokasi yang baru. Pengembaraan boleh dilakukan dengan basikal, kayak, bota atau rakit.

Perkhemahan Ujian
Perkhemahan ini lebih menjurus kepada ujian tertentu dan ujian-ujian yang perlu diselesaikan dilakukan sewaktu perkhemahan berlangsung. Antara ujian yang boleh dilakukan adalah ujian memasak, menghasilkan gejet dan sebagainya. Beberapa jenis ujian dilaksanakan dalam satu masa termasuk ujian mengurus perkhemahan.

Perkhemahan Untuk Rekreasi
Perkhemahan jenis ini hanya bertumpu kepada aktiviti rekreasi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan tetapi biasanya satu atau dua aktiviti utama dilakukan seperti berkayak, kemahiran tali. Terdapat juga aktiviti pembinaan kumpulan dilakukan dalam perkhemahan begini.

Dalam apa sahaja keadaan perkhemahan sebenarnya banyak menguji sikap, toleransi, kerjasama dalam kumpulan dan sebagainya. Di sinilah sikap seseorang dapat dinilai secara tidak langsung