Isnin, 9 Januari 2012

PERANAN SARJAN DALAM PLATUN

Setiap platun KRS terdiri dari 37 orang anggota yang terdiri dari 1 orang pegawai berpangkat Leftenan Muda KRS atau Leftenan KRS, seorang Ketua Platun berpangkat Sarjan, 3 orang Ketua Seksyen berpangkat Kopral , 3 orang Penolong Ketua Seksyen berpangkat Lans Kopral dan selebihnya adalah anggota platun.

Sarjan adalah PTT atau pegawai tanpa tauliah yang diberi tanggung jawab untuk mengetuai 35 orang anggota di bawahnya dan merupakan tangan kanan Komander Platun. Secara amnya Sarjan mempunyai tanggung jawab yang berat. Antara tanggung jawab yang perlu dilaksanakan adalah:

1.  Menyampaikan maklumat dari Komander Platun kepada Platun tentang aktiviti latihan mingguan, latihan khas dan sebagainya

2. Mengambil kehadiran anggota dan melaporkan kepada Komander Platun

3. Memastik diri sentiasa berdisiplin kemas dan seterusnya memastikan platun melakukan perkara yang sama

4. Menyediakan jadual bertugas, jadual latihan dan sebagainya

5. Mencatatkan maklumat-maklumat mesyuarat perbincangan

6. Mengumpulkan buku log untuk diperiksa oleh Komander Platun

7. Menjaga kebajikan anggota dari segi kesihatan dan sebagainya sewaktu latihan

8. Membantu Komander Platun melaksana latihan dan sebagainya

9. Menjalankan kerja-kerja yang bersesuaian untuk kebaikan dan kemajuan platun