Selain dari kawad kaki, KRS memperuntukkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilskukan sewaktu aktiviti kokurikulum. Memang terdapat anggota yang menyukai kawad tetapi terdapat juga anggota yang lebih tertarik kepada kemahiran-kemahiran. terutama kanak-kanak yang memang aktif dan mempunyai sikap ingin tahu. Jurulatih di sekolah harus mengetahui dan memiliki teknik untuk mempelbagaikan aktiviti agar aktiviti TKRS menjadi lebih menarik dan berguna dalam kehidupan masa akan datang mereka.
Saya ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu latihan TKRS. Saya ingin menumpukan kepada aspek ketatanegaraan Tahun 5. Saya merujuk kepada sub-tajuk v.Lambang dan bendera negeri-negeri. Memang aktiviti ini agak sukar tetapi kebanyakan anggota TKRS telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang bendera dan lambang menerusi pembacaan ataupun matapelajaran Kajian tempatan.
Lihat Helaian Edaran yang saya lampirkan:
Anggota diminta melabelkan makna-makna pada bendera dan lambang negeri masing. Hint atau kata kekunci disediakan dan diberikan kemudian. Peruntukan masa lebih kurang 15 minit. Setelah selesai, kita gunakan Helaian Edaran kedua yang lebih besar skopnya. Anggota diminta untuk menyesuaikan lambang negeri dengan negeri-negari yang sesuai. Kemudiannya mencatat nama Ketua Negeri tersebut serta ibu negeri. Mudah bukan. Tuan-tuan boleh mencubanya di sekolah.
Buku Aktiviti TKRS Tahun 5 boleh didapati di: http://www.cdkrs.blogspot.com