Jumaat, 27 Januari 2012

AL-FATIHAH UNTUK RAKAN YANG TELAH PERGI



Assallamualaikum...
Jumaat yang mulia ini, saya ingin mengenang kembali beberapa rakan yang telahpun berpulang ke rahmatullah. Rakan yang kita kenal, kita pernah temui, pernah termakan budi dan pernah bergurau senda.
namun Allah lebih menyayangi mereka dan meninggalkan kenangan terindah buat kita semua.

LT KOLONEL (KRS) MOHD THANI SHAABAN
Inilah insan yang membawa dan memperkenalkan KRS kepada kita semua. bermula dengan Kadet Remaja Islam dan kini berkembang menjadi Kadet Remaja Sekolah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan kini bertambah oleh penyertaan Kadet Remaja Sekolah Musleh. Jasa beliau perlu dihargai dan diingati oleh kita semua. 20 tahun KRS cuba berdiri setanding dengan unit unifom lain atas dasar yang beliau tegakkan berpaksikan Ilmu, Iman dan Amal. Mari kita hadiahkan surah Al Fatihah untuk beliau yang meninggalkan KRS untuk kita cernakan selaras dengan kehendak dan perubahan zaman

MEJAR (KRS) AINOL AZLAN ABDUL AZIZ
Insan yang pernah menyendang jawatan Ketua Jurulatih KRS N9. Insan yang kuat bekerja dan sentiasa dengan keriangan. TIdak pernah kenal erti penat dan lelah.  Sentiasa mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk KRS N9 khususnya dan KRS Malaysia. Namun Allah menjemputnya pada usia yang masih muda. Beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu mengendalikan perkhemahan. Namun jasa beliau, nama beliau dan budi baik beliau akan  terus menjadi kenangan buat kami di N9. Al Fatihah untukmu tuan.

KAPTEN (KRS) ROHANA AHMAD
Masih teringat kata-kata terakhir beliau sewaktu perkhemahan KRS peringkat N(. "Saya dah serahkan semua pada dia", ujarnya sambil menunjukkan seorang guru yang membantunya. Rupanya beliau telah bersedia menyerahkan tugas-tugas yang disandang oleh beliau kepada penggantinya.  Kematiannya saya ketahui saat saya mahu menghantar dokumen ke PUSAKO, Sungai Jeletung. Ramai pegawai yang tiada. Rupanya mereka menghadiri pengkebumian aruah. teringat kelembutan dan senyumannya. Dan aruah meninggalkan seorang bayi yang baru lahir. Barangkali, bayi itu telah menanjak ke umur belasan tahun kini. Apapun teman, Al_Fatihah untukmu. Damailah di sana.

KAPTEN (KRS) MAZLAN (Lupa nama penuh aruah)
Pernah bersama beliau di Air Keroh Country Resort sewaktu Kursus untuk Penolong Kanan Koko N9. Periang dan penuh dengan lawak jenaka. Ada sahaja gurauan yang beliau. Sewaktu kursus beliau menghidapi masalah kekurangan gula. Sempat saya bantu apa yang perlu dan beliau kembali pulih. Sewaktu mengendalikan Kawat Kaki bersama dengan Mejar (KRS Sivanesan) untuk Kursus Asas untuk Leftenan Muda di PUSAKO Sungai Jelutung kami mendapat berita beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam sebelum itu. Al Fatihah buatmu teman.

LEFTENAN (KRS) ZAHARI (Saya tidak ingat yang mana satu)
Pagi kelmarin, Leftenan Arif dari SMKBBS dan Mejar (KRS) Rosnah Hj Rasli menghantar pesanan ringkas memaklumkan beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat kanser dan meninggalkan 5 oran anak. Saya rasa pernah bertugas dengannya sewaktu perkhemahan KRS Kebangsaan 2011. Al Fatihah untuk teman.


Di sini, dibatu ini,
akan kutuliskan lagi
namumu dan namaku
maafkan bila waktu itu
dengan menuliskan nama kita
kuanggap engkau berlebihan
sekarang, setelah kaupergi
barulah kami mengerti
ternyata kauingin tinggalkan
KENANGAN