Isnin, 16 Januari 2012

Bercerita mengenai "hack", ramai yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada itu..tetapi harus diingat bahawa implikasinya sangat buruk sekiranya ilmu ini diwarisi hampir sebahagian anak muda..disebabkan itu, ilmu ini harus dituntut secara sendirian bermakna minat itu yang membawa kepadanya ke jalan itu..terpulang untuk membawanya ke arah kebaikan atau keburukan..jangan sesekali menyalahgunakannya,, kerna ilmu itu sangat berfaedah sekiranya dibawa kejalan kebaikan.
Ramai antara pengunjung blog ini yang meminta aril perjelaskan iaitu "bagaimana hendak tahu sama ada pc/laptop kena "hack" ataupun tidak?"..aril akan cuba perjelaskan dalam entri kali ini untuk anda tahu bagaimana caranya..
Sekarang ini cuba ikut bersama-sama langkah dibawah ini, kemungkinan anda adalah seorang mangsa hack.
*Sebelum itu,
sila pastikan anda menutup dahulu semua muat turun dan laman web yang anda layari.Untuk kaedah yang pertama, sekiranya anda menggunakan router ADSL. Pastikan anda tutup dahulu segala aktiviti muat turun apa sahaja, dan cuba lihat cahaya pada ethernet anda..sila lihat di bawah
Sekiranya cahaya pada ethernet itu berkelip dengan pantas, berbanding dengan kadar yang biasa, bermakna ada data yang dibawa masuk dan keluar dari laptop/pc anda..tetapi anda tidak membuat sebarang muat turun. Ini bermakna ada yang cuba untuk menyekat internet anda daripada diakses. Atau kaedah ini lebih dikenali sebagai "arp spoofing". Bererti anda sedang digodam!
Untuk kaedah yang kedua, anda boleh menggunakan cmd prompt untuk mengesyakinya..Buka sahaja command prompt, dan pastikan "run as administrator". Kemudian,,
Sila taip netstat -a
Anda akan menerima senarai sambungan internet yang aktif, semak sekiranya ada sambungan internet yang tidak dikenali dalam keadaan "ESTABLISHED". Sekiranya ada, anda sedang digodam!
Cuba taip netstat, dan anda boleh lihat pelbagai command yang disenaraikan. Anda boleh mencuba arahan-arahn yang lain untuk tujuan yang lain.
Untuk kaedah yang ketiga, pernahkah anda menerima notis sesuatu pada pc/laptop anda seperti perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu "hang" atau tergendala dalam beberapa saat dan kerap berlaku daripada kebiasaan. Sekiranya berlaku, anda mungkin di hack! Terdapat keylogger dan trojan yang dikonfigurasikan untuk menyampaikan maklumat log ke alamat IP atau ftp pada selang masa..dan apabila maklumat ini sedang dihantar, browser anda akan tergendala untuk beberapa ketika.
Untuk kaedah yang keempat, pernahkan anda menggunakan perisian mengenai TCP, gunakan perisian ini kerana ia memberikan senarai semua sambungan yang dibuat melalui TCP. Perisian ini mampu mengesan hampir semua trojan / sambungan yang bertujuan jahat untuk memasuki pc/laptop anda.
Untuk memuat turun perisian ini, sila ke laman ini : http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb897437
Untuk kaedah yang kelima atau terakhir, pastikan antivirus anda dikemaskini dan memasang firewall seperti Comodo, ZoneAlarm, Panda, F-Secure, Rising dan banyak lagi. Jika antivirus anda tidak dikemas kini secara tetap, ada risiko yang perlu anda tanggung. Jika anda tidak update antivirus anda secara kerap dan anda sering membuat pertukaran data dari komputer lain (cucuk usb atau hdd) dan memuat turun banyak fail-fail yang kemungkinan di "bind" dengan keylogger atau virus. Ada kemungkinan besar yang anda di hack!.
Saya amat pasti bahawa langkah-langkah yang disenaraikan di atas adalah masih baru bagi anda. Tidak mengapa, kita bermula daripada bawah dan mula naik perlahan-lahan ke atas k. Ini adalah serba sedikit berkaitan dengan hack. Sesuai untuk yang masih di tahap "beginner". Diharapkan anda dapat sebarkan kepada rakan-rakan anda supaya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam penggunaan internet. Sekian