Isnin, 12 Disember 2011
Sejarah Peperangan Senapang & Parang 1946
Pekan Batu Kikir yang terletak lebih kurang 16km dari Kuala Pilah dan 12km dari Bahau merupakan sebuah kampung tersusun pada awalnya. Di pekan ini telah menyimpan satu sejarah yang masih belum dikenali secara meluas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan yang agak menarik iaitu peperangan di antara masyarakat Melayu yang menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senapang. Walaupun senjata yang gunakan pasukan Bintang Tiga lebih baik berbanding dengan masyarakat Melayu pada ketika itu, tetapi kemenangan telah memihak kepada Masyarakat Melayu.
Peperangan ini menjadi satu sejarah yang mengambarkan semangat perjuangan masyarakat ketika itu menentang pasukan Bintang Tiga yang menjadikan Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka. Peperangan ini berpunca dari peristiwa amuk di Padang Lebar berhampiran dengan Pekan Batu Kikir. Akhirnya peristiwa ini bertukar kepada satu peperangan yang dahsyat dan melibatkan banyak nyawa dari pasukan Bintang Tiga terkorban. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946.
Peristiwa ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tingggal bersama dalam satu tempat