Selasa, 13 Disember 2011

SEJARAH RUMAH API TANJUNG TUAN


Sumber gambar : asiaexplorers.com
Di negara kita terdapat pelbagai tempat sejarah yang penting dalam perkembangan sesuatu bangsa atau tamadun. Kebiasaannya tinggalan sejarah itu memberi satu makna yang cukup penting sama ada dari segi sosial, ekonomi, budaya, intelektual dan lain-lain. Pemerintah di negara kita amat menitikberatkan penjagaan dan pemuliharaan warisan nenek moyang kita dahulu. Selain itu pembinaan bangunan-bangunan yang didirikan oleh masyarakat atau kerajaan dahulu seperti Bangunan Studhuys di Melaka, rumah-rumah Minangkabau di Negeri Sembilan dan sebagainya memberi erti nilai sejarah yang tersendiri. Maka salah satu pembinaan bangunan atau rekaan yang terpenting dalam peninggalan sejarah dinegara kita adalah rumah api Tanjung Tuan. Tahukah anda kepentingan rumah api ini? Mengapa ia dibina? Sebelum itu mari kita meninjau dan mengenali rumah api Tanjung Api ini secara lebih dekat.
Rumah api Tanjung Tuan ini adalah antara rumah api yang tertua pernah dibina telah dilancarkan pada tahun 1958 dan lokasinya terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British terutamanya ketika Stamford Bridge. Kemudian pada tahun 1860 ia dibina semula setelah menara yang asal musnah disebabkan perang. Menara ini pada asalnya daripada bangunan kayu tetapi telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu untuk memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya pula memakan lebih dari sejuta ringgit.
Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, papal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan terutama di waktu malam. Selain itu ia juga digunakan untuk menganggar jarak antara dari kapal ke pelabuhan jika waktu siang. Ia diselenggara dan dikawal oleh Shahbandar Melaka. Oleh kerana ia begitu penting dan atas faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka Kepada orang ramai.

Sumber:http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2009/mei-2009/318-sejarah/519-sejarahrumah-api-tanjung-tuan