Ahad, 25 Disember 2011

Masakan Rimba

Apabila berbicara tentang masakan rimba, seringkali kita akan melihat Pengakap sebagai panduan. Roti Lilit adalah sinonim dengan masakan rimba. Saya merasakan bahawa masakan rimba mempunyai ertikata yang luas. Bukan sekadar menghasilkan Roti Lilit tetapi kaedah masakan yang dihasilkan adalah perlu diterapkan kepada pelajar.

Secara umumnya ada beberapa cara masakan rimba boleh dihasilkan. Antaranya adalah dengan kaedah merebus, memanggang atau membakar makanan terus ke dalam api. Kaedah-kaedah ini boleh digunakan untuk jenis makanan yang bersesuaian. Seperti ubi kayu.  Juadah ini boleh disediakan dengan dua cara iaitu merebus atau membakar. Ubi kayu yang telah dibersihkan dari kotoran seperti tanah dan sebagainya boleh dimasukkan ke dalam api atau bara api. Setelah beberapa ketika anda boleh keluarkan dan kikis bahagian luarnya dan kemudian patahkan. Hasilnya ubi kayu yang sudah boleh dimakan dengan rasa yang lebih enak.
Penyediaan makanan secara masakan rimba
Bagi jenis makanan yang boleh direbus seperti ubi, telur ataupun  beras, buluh yang sesuai boleh digunakan untuk menggantikan periuk. kekuatan api yang sesuai boleh menentukan kadar masa masakan tersebut masak dengan baik.

Kreativiti dalam aktiviti ini harus ada. Jangan terlalu mengikut apa yang orang lain buat tetapi cipta sesuatu yang baru, selamat dan boleh diguna pakai oleh orang lain. Selamat beraktiviti.

kj.krsn9/zmn2011