Isnin, 21 Februari 2011: Sekeluarga dari Kampung Langgir yang terletak di hulu Sungai Batang Lupar iaitu lebih kurang 1 jam perjalanan ke Kampung Lingga telah karam dihempas "Benak Batang Lupar". Menurut sumber yang boleh dipercayai, keluarga tersebut handak pergi ke Klinik Desa Lingga kerana isterinya yang sarat hendak bersalin. Namun demikian dalam perjalanan, perahu mereka telah dihempas oleh Benak Batang Lupar yang dijangka setinggi 3 meter. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi. Tragedi ngeri itu telah mengorbankan tiga nyawa iaitu seorang ibu yang sarat hendak bersalin, anaknya dan bapa kepada ibu tersebut. Pihak polis dan jabatan laut masih berusaha mencari mayat mangsa yang masih belum dijumpai.