Tragedi Sungai Meligan
Cerita penuh dramatik dan menyayat hati
OLEH : SAMRAH HJ AG DAMIT
Tanggal 13 Mac 2009 merupakan satu tarikh yang bakal dikenang oleh seluruh penduduk Kampung Meligan dan warga Sipitang secara keseluruhannya kerana pada tarikh inilah satu tragedi hitam terjadi di Kampung Meligan.
Seperti yang kita sedia maklum sebuah kereta pacuan empat roda yang membawa 10 orang penumpang termasuk pemandu telah dihanyutkan arus deras di sungai ini.
Dalam kejadian ini sembilan daripada mereka terselamat. Manakala sehingga artikel ini ditulis, seorang dilaporkan masih hilang. Bagaimanapun, kereta yang mereka naiki yang berjaya ditemui terdampar kira-kira 1Km dari tempat kejadian. Menurut Pemangku Ketua Polis daerah Sipitang C/Insp Zulkiflee Mohd Yaakub, kenderaan berkenaan dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai oleh Polis, Bomba dan Pasukan Gerakan AM (PGA) pada pukul 9.25 pagi kelmarin.
Jelas beliau, Utusan Borneo adalah antara yang pertama akan saya hubungi jika ada sebarang perkembangan terbaru.
Nama Kampung Meligan yang terletak kira-kira 75 KM dari Pekan Sipitang tiba-tiba saja meniti di bibir penduduk Sipitang dan pembaca Utusan Borneo di seluruh Sabah apabila akhbar inilah satu-satunya media yang terawal memaparkan peristiwa ini sebagai berita utama selama dua hari berturut-turut.
Sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan pembaca Utusan Borneo, kami cuba untuk memberikan liputan terbaik (meminjam kata-kata ketua Pengarang Utusan Borneo, Shamsul Ali Maran ) dan gambaran yang jelas mengenai tragedi ini. Untuk keluaran kali ini, secara esklusifnya Utusan Borneo memaparkan cerita sebenar yang penuh dramatik dan menyayat hati disebalik kejadian malang ini.
Utusan Borneo telah menemuramah mangsa yang terlibat dengan kejadian ini yang mana enam daripada mereka adalah merupakan pelajar yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Pengiran Omar , SMK Padang Berampah dan SMK Pengiran Omar I.
Pertama sekali Utusan Borneo menemuramah Ellyiana Dawatan 15, pelajar tingkatan 3 SMPO II yang hanyut sejuah lebih 3KM sebelum berjaya menyelamatkan diri memanjat tebing sungai yang tinggi dan penuh berbatuan.
Menurutnya, semasa kejadian mereka dalam perjalanan pulang untuk bercuti dari asrama sekolah masing-masing. Pada ketika itu, mereka bergerak secara konvoi dengan dua buah lagi kenderaan pacuan empat roda.
Kereta yang dinaiki olehnya adalah yang kedua menyebarangi sungai berkenaan , iaitu setelah pemandunya mendapat isyarat untuk melintas sungai berkenaan daripada pemandu kenderaan pertama yang sudahpun berjaya melintasi sungai berkenaan.
“Kereta kami sangkut.., tidak dapat bergerak..pada ketika itu air sungai semakin dalam. Lebih kurang sepuluh minit kami berada di dalam kereta uncle Joseph (penumpang) suruh kami turun. Kemudian kami cuba untuk berjalan menuju tebing.., tetapi tidak dapat kerana air terlalu deras, lalu kami bertahan di tepi kereta”, katanya.
Katanya, tidak berapa lama selepas mereka turun, kereta berkenaan bergerak akibat hentaman arus yang deras, dimana pada ketika itulah mereka diarahkan terjun oleh pemandu dan seorang penumpang lain (Joseph).
“Kami pun terjun…bebarapa saat selepas itu kereta pun hanyut dan tenggelam dimana pada ketika itu ada dua orang lagi dalam kereta, iaitu pemandu (Richard) dan seorang remaja lelaki (Md Faizul Hussin) , mereka hanyut bersama kereta berkenaan..”, katanya.
Dalam keadaan kelam-kabut itu mereka menjerit meminta tolong dimana akhirnya mereka terpisah dibawa arus .
“Sepanjang hanyut saya cuba untuk berpaut di batu..dan berdiri tetapi segala usaha saya gagal..air terlalu deras...saya tak pasti berapa kali saya terhempas di batu...tetapi banyak kali...”, katanya.
“Saya bersama Caroline (pelajar yang masih hilang) sama-sama hanyut ..saya nampak dia saja ketika itu di belakang saya..saya di depan dia.. Kami tidak berpaut pada mana-mana benda, hanya berusaha mengapungkan diri.
Saya teriak minta tolong..tapi setelah memikirkan tiada harapan untuk orang datang menolong pada ketika itu, saya pun diam”, katanya.
Katanya, sebaik berhenti menjerit dia terdengar Caroline memanggil namanya, dimana pada masa itu mereka sudah jauh hanyut dibawa arus dan tidak nampak orang lain.
“Bila saya dengar (Caroline menjerit ) saya pun berpusing ke belakang...saya nampak caroline...mungkin dalam tempoh sepuluh minit kami masih beriringan hanyut..dia masih berada di belakang saya pada ketika itu”, katanya.
“Tetapi tiba-tiba saya ditelan air ( disedut pusaran air ) yang besar..kemudian saya timbul lagi..tidak lama selepas itu saya disedut oleh satu lagi pusaran air..saya cuba menguatkan semangat untuk terus hidup...saya berjuang bermati-matian...dalam fikiran saya ialah saya mahu terus hidup”, katanya.
Elliyana yang agak sebak apabila menceritakan peristiwa ini memberitahu, yang dia tidak pasti berapa lama dia berada dalam pusaran air tersebut. Tetapi katanya semacam ada satu kuasa yang tiba-tiba melonjakkan dia keluar dari pusaran itu sehingga terdampar di batu besar dimana sebaik sedar dia sudah berada dekat dengan tebing.
“Saya kuatkan semangat untuk memanjat batuan di tepi sungai sehingga sampi di tepi tebing..Dalam separuh sedar saya berdiri agak lama di tebing memerhati air sungai , saya teringat kawan saya Caroline..tetapi saya tidak nampak dia, keadaan amat gelap pada ketika itu”, katanya.
Katanya, dia tidak tahu dimana dia berada pada waktu itu disebabkan keadaan amat gelap kerana hari sudah malam.
“Saya meredah semak..., tiba-tiba saya ternampak macam ada satu lorong laluan yang tidak berapa semak, lalu saya melalui kawasan tersebut…sehinggalah saya sampai di dua persimpangan jalan...saya berhenti seketika...mula-mula saya berjalan mengikut persimpangan yang saya pilih pada awalnya...tapi kata hati saya mengatakan bahawa saya mesti ikut jalan yang satu lagi..bukan jalan yang saya pilih sebelumnya”, katanya.
“Saya berpatah balik lalu meneruskan perjalanan melalui persimpangan yang satu lagi...masa itu suasana gelap-gelita....selang berapa ketika saya berjalan saya terdengar semacam ada bunyi air yang mengalir dihadapan saya, pada mulanya saya tidak mahu teruskan perjalanan...tetapi dalam hati saya berkata-kata mungkin ia hanya aliran air yang kecil.”, katanya.
Elliyana pun merentasi air tersebut yang pada jangkaannya mungkin anak sungai kerana airnya tidak dalam. Dia meneruskan perjalanan sehinggalah sekali lagi dia diberi petunjuk. walaupun dalam suasana yang gelap gelita, dihadapannya dia terlihat semacam ada kebun buah-buahan dengan terdapat sebuah sulap (pondok) di dalamnya.
“Saya terdududk di bawah pondok tersebut...rasanya lebih 10 minit. Saya dengar macam ada suara orang dari atas pondok tersebut..saya sangka mungkin orang hendak memburu berhenti di pondok ini…dimana pada ketika itu hujan mula turun..jadi saya naik tangga...dan cuba untuk mencari pintu pondok tapi gagal kerana terlalu gelap dan badan saya amat lemah”, katanya.
“Saya pun terus terbaring di beranda pondok tersebut...saya bercadang untuk tidur...tetapi tiba-tiba sekali lagi saya terdengar bunyi dari dalam pondok tersebut...saya pasti orang dalam pondok itu baru bangun...rasanya untuk memasak air..kerana tidak lama lepas itu saya ternampak cahaya api dari dalam pondok itu”, katanya.
Elliyana kemudiannya bangun setelah ternampak pintu pondok tersebut lalu mengetuk pintu tetapi pintu tersebut tidak dibuka, namun ada suara dari dalam pondok tersebut yang bertanyakan namanya dan kenapa berada di beranda rumahnya.
“Saya bagi tau yang saya hanyut...lalu dia tanya lagi.. katanya , yang saya dari mana..? lalu saya ceritakan apa yang berlaku, lantas orang tua tu pun buka pintu dan mengajak saya masuk ke dalam pondok tersebut”, katanya.
“Saya pun menceritakan secara lebih terperinci tentang apa yang berlaku... dan setelah bercerita beberapa ketika orang tua itu pun menengok jam..saya pun ikut tengok jam dia dimana pada ketika sudah jam 11. Malam”, katanya.
Orang tua tu pun berkata kepada saya...”Ertinya kau datang tadi jam 10.30...”. saya pun terus bercerita dengan orang tua tersebut. Kalau tidak silap hampir pagi saya terdengar orang menjerit-jerit nama saya...orang tua tu berkata “Saya mau hantar kau...., tapi macam mana saya mau hantar, sebab gelap..esok pagilah saya hantar jam 6.00”...saya pun tidur semula kerana terlalu letih..
“Orang tua tu..namanya si Ampang…dia hantar saya balik pada awal pagi…saya bersyukur saya selamat...tapi saya amat sedih kerana sepupu saya Caroline masih hilang...saya amat rapat dengan dia....”, katanya dengan nada yang hiba.
Seorang lagi mangsa yang terselamat setelah hanyut bernama, Emyliana Joseph yang merupakan pelajar tingkatan 4 SMK Padang Berampah, melahirkan kesyukuran kepada Tuhan kerana terselamat daripada kejadian yang dianggapnya amat mengerikan ini.
“Saya terdampar agak jauh juga...saya tidak Nampak Caroline...saya bernasib baik kerana arus deras menolak saya ke kawasan cetek tidak jauh dari tempat kejadian…. Sampai di tepi saya terus berpaut sekuat hati di batu dan berusaha untuk naik ke tepi sungai”, katanya.
Katanya, semasa berada di tepi sungai dia ternampak Yani Binai (seorang lagi mangsa hanyut) tidak jauh dari tempat dia terdampar, lalu dia pun mendapatkan Yani lalu selepas itu mereka bersama-sama berusaha untuk naik ke daratan.
“Kemudiannya kami nampak cahaya lampu suluh daripada atas tebing…, kami pun teriak minta tolong.., lalu orang kampung yang sedang mencari kami pun datang menolong”, katanya.
Seorang lagi, Yani Murang, pelajar tingkatan 3 SMPO II dan adik kepada Caroline Murang yang masih hilang di Sungai Meligan . Semasa ditemuramah beliau tidak mahu bercakap banyak kerana masih terlalu sedih dengan kehilangan kakaknya.
“Pada mulanya saya hanyut dengan berdekatan dengan kakak saya (Caroline)…tapi akhirnya saya terpisah juga dengan dia di suatu arus yang amat deras…, dia dibawa arus ke tengah sungai..dan saya terdampar di tepi sungai”, katanya dengan nada yang sayu.
Ketika ditanya sama ada yang dia meraskan kakaknya masih selamat atau pun tidak Yani mendiamkan diri agak lama lalu mengesat air matanya. Dia hanya menjawab ringkas…”Entah…”, tapi dia pandai berenang…”, katanya.
Utusan Borneo pun tidak dapat meneruskan sebarang pertanyaan kerana turut tersentuh dengan situasi ini dengan terasa sebak di dada, meletakkan diri di tempat adiknya serta ibu bapa mangsa.Kepada para pembaca Utusan Borneo, marilah kita sama-sama berdoa agar Caroline dapat ditemui semula dalam keadaan yang selamat dan sempurna.