Ramai yang mengeluh bila bercerita tentang simpulan dan ikatan. Kononnya sukar menguasai kemahiran ini. Sewaktu saya aatif dalam kegiatan pengakap dahulu, buku log kami penuh dengan simpulan dan ikatan. Bukan gambar tetapi ikatan dan simpulan sebenar.
Bagaimana anda boleh lakukan? Mudah sahaja. saya mencadangkan anda menggunakan wayar elektrik yang boleh kita dapatkan di kedai-kedai. Beli yang berwarna hitam dan merah. Anda berlatih membuat simpulan mudah dahulu seperti Buku Sila, Bunga Keti, Simpul Pengail, Simpul pencuri, Simpul Mati kemudian tampalkan ke dalam Buku Log anda. Labelkan Simpulan tersebut dan catatkan fungsi dan kelebihan simpulan tersebut. Anda telah menyelesaikan satu lagi item dalam ujian kenaikan pangkat. Pastikan anda menulis tarikh anda melakukan aktiviti.
Langkah seterusnya, minta jurulatih anda mengesahkan tugas yang anda lakukan. Mudah bukan?