Merujuk kepada Buku Panduan KRS pada muka surat 122, anggota yang mengambil ujian kenaikan pangkat Sarjan diminta menyenaraikan 20 jenis burung di Malaysia . Berikut adalah beberapa contoh cara menghasilkan bahan dalam Buku Log.
Burung Murai Batu
Burung ini adalah dibawah kawalan Jabatan perhilitan & Mergastua. Perlukan lesen untuk memiliki dan memelihara kerana Murai Batu adalah spesis yang terancam dan hampir pupus |
merupakan burung passerine dalam keluarga Muscicapidae. Ia dahulunya dikelaskan sebagai keluarga Thrush, Turdidae. Ia merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.
Burung Murai Batu boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu adalah burung tempatan di Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke Kaua'i, Hawai'i, pada awal 1931 dari Malaysia, dan ke O'ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau dipermatang selatan Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.
Ciri-ciri fizikal
Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok
TIONG GEMBALA KERBAU
Di Negeri Sembilan, burung ini lebih popular dengan panggailan "Maina" dan boleh dilihat dikebanyakan tempat di Malaysia |
Burung Tiong Gembala Kerbau merupakan motif penting dalam budaya India dan muncul dalam kesasteraan Sanskrit dan Prakrit
Taburan
Burung Tiong Gembala Kerbau merupakan spesies burung tempatan di Asia dengan julat asal merangkumi dari Iran, keseluruhan Asia Selatan termasuk Pakistan, India, Nepal, Bhutan, Bangladesh dan Sri Lanka; dan termasuk Turkmenistan, Afghanistan, Kazakhstan, Myanmar, sehingga ke Malaysia, semenanjung Thailand, Indo-China dan China.[4][6]
Burung Tiong Gembala Kerbau turut diperkenalkan di bahagian lain dunia seperti Kanada, Australia, New Zealand, New Caledonia, Hawaii, Afrika Selatan, dan kepulauan di Lautan India (Seychelles, Mauritius, Maldives, Andaman dan Kepulauan Nicobar dan archipelago Lakshadweep dan juga kepulauan di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.[4] Julat burung Tiong Gembala Kerbau semakin meningkat sehinggakan pada 2000 the IUCN Species Survival Commission mengistiharkannya sebagai antara 100 spesies ceroboh Dunia paling teruk.[2] Burung Tiong Gembala Kerbau merupakan salah satu dari tiga burung dalam senarai spesies ceroboh dalam daftar iniDicatat oleh: KJ N9
Lebih banyak bahan di cdkrs.blogspot.com