PENYEDIAAN BUKU LOG KRS
PENGENALAN
Buku Log merupakan catatan peribadi yang terpenting di dalam aktiviti yang melibatkan ujian-ujian tertentu kerana buku log akan menjadi dokumen pengesahan kepada setiap anggota tentang aktiviti yang dilakukan. Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri atau Pergerakan Puteri Islam amat terkenal dengan penyedian buku log yang bermutu terutama bagi mereka yang akan menyertai Ujian Pentaraf Pengakap Raja.
Bagi anggota KRS, buku log memainkan peranan penting untuk membuktikan penglibatan mereka di dalam sesuatu aktiviti. Bagi tujuan Ujian Kenaikan Pangkat,buku log akan menjadi dokumen sokongan bagi seseorang anggota untuk membuktikan penglibatan mereka.
CIRI-CIRI BUKU LOG YANG BAIK
Dicadangkan agar setiap anggota KRS mengikuti garis panduan ini dalam usaha menyediakan Buku Log yang terbaik dan menjadi dokumen sokonganyang tidak boleh dipertikai sewaktu menjalani Ujian Kenaikan Pangkat. Selain itu,BukuLog anda akan menjadi dokumen sejarah peribadi diri anda pada masa akan datang.
Sebaiknya Buku Log anda dari jenis berkulit tebaldan mempunyai sekurang-kurangnya 400 jumlah mukasurat. Sewaktusaya melaksanakan Ujian pentarafan Pengakap Raja, saya menggunakan hampir 5 buah buku dengan setiap buah dengan jumlah 400 muka surat.
Dihias sesuai dengan identity KRS dan dibalut dengan plastic. Sebaik mungkin, sehelai
Plastik lain yang lebih tebal dijadikan sebagai pembalut luar kerana aktiviti KRS dilaksanakan tanpa mengira cuaca.. Buku log anda akan selamat dari ancaman hujan dan sebagainya
Setiap nota, laporan ditulis pada mukasurat yang berlainan.Diberikan tarikh dan masa bagi memudahkan penguji membuat semakan.
Bahagikan Buku Log kepada beberapa bahagian seperti:
I. Muka surat 2 dan 3 –Maklumat peribadi anda.Masukkan butiran-butiran yang penting di dalam ruanganini terutama nama,alamat,no kad pengenalan,no telefon sewaktu kecemasan dan orang yang boleh dihubungi sewaktu kecemasan-Lihat Lampiran 1 II. Muka surat 5 hingga 200 adalah untuk mencatat nota-nota latihan sama ada yang dilakukan di dalam pasukan atau bersama pasukan lain. Juga, jangan lupa tarikh dan masa.
III. Muka surat 201-300- Peruntukan ruangan ini untuk laporan penglibatan anda di dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menyokong anda sewaktu Ujian Kenaikan Pengkat. Sebagai contoh, Laporan Khidmas Masyarakat di Kampung/taman atau sekolah atau penglibatan di dalam persembahan nasyid, tarian diperingkat daerah.. Dapatkan tandatangan penganjur jika boleh. Dan lebih baik jika anda mempunyai bukti bergambar. Buku Log akan bertambah menarik dengan bukti yang kukuh begini. Jika sesuatu acara mempunyai buku program, dapatkan buku tersebut dan tampalkan di dalam Buku Log sebagai Bahan Bukti sokongan. Selain darimenjadi bahan bukti, kita juga dapat menggelakkan pembaziran.
IV. Muka surat 301 hingga 400- Adalah ruangan untuk catatan sewaktu perkhemahan yang anda sertai. Tuliskan apa sahaja pengalaman anda,peristiwa menarik,gambar-gambar atau bahan-bahan yang menarikpada ruangan ini.
Nota: Sekiranya buku tersebut habis digunakan, gunakan buku baru dengan format yang sama dan cantumkan kedua-dua buku menjadi satu.
SIJIL,DOKUMEN SOKONGAN DANLAIN-LAIN
Semua sijil yang anda perolehi, sebaiknya di buat salinan. Salinanasas disimpan di rumah dan salinan kedua difailkan dalam fail khas dan dibawa sewaktu menghadiri Ujian Kenaikan Pangkat.Sistem ini akan memperlihatkan kepada penguji bahawa anda seorang yang teliti,kemas dan mempunyainilai-nilai tersendiri.
LAIN-LAIN
Ada waktunya, anda menyatakan bahawa sukar untuk melukis simpulanatau gambar-gambar lain. Cadangan saya mudah sahaja. Simpulan boleh anda buat menggunakan tali dantampal di dalam Buku Log. Ini akan membantu anda membuat latihan kendiri dan buku log anda akan menjadi lebih menarik. Manakala gambar-gambar boleh diperolehi dari hasil muat turun dari laman-laman sesawang yang berkaitan. Tampalkan sahaja.
Terdapat juga jurulatih yang memberikan helaian nota. Juga boleh ditampalkan di dalam buku log anda. Mudah bukan?