Menulis Sejarah Tempat Tinggal Anda
Bukit Melawati
Bukit Melawati terletak di Bandar Kuala Selangor. Terdapat binaan yang membawa sejarah tersendiri termasuk seketul batu yang digunakan untuk proses memancung kepala pesalah |
Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun 1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.
Sumber dari:http://mobile.selangor.gov.my/tempat_bersejarah.htm (Mohon perkongsian untuk kegunaan pelajar-pelajar)