Jumaat, 25 November 2011

UNTUK DIRENUNGKAN BERSAMA

Setelah menelitu tulisan bekas pelajar aruah Mejar Thani, Fadhli, kalau tidak silap saya namanya, dapat disimpulkan bahawa pada awal penubuhan KRS dahulu, aruah telah meletakkan KRS sebagai satu badan yang bukan sahaja bergiat di sekolah tetapi mampu menyelusuri masyarakat di luar dengan pelbagai kaedah,. Antara yang menariknya adalah Khidmas. Di tambah pula sekarang ini musim cuti sekolah. Apabila musim cuti, maka ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan.

Di sinilah KRS dapat berfungsi sebagai satu badan yang mampu mendekati masyarakat dengan cara tersendiri. Dari membuang masa di hadapan TV atau permainan komputer, apa kata KRS luangkan masa sehari dua untuk membantu di majlis-majlis perkahwinan sebagai pengangkat dulang atau membantu apa yang termampu. Kumpulkan beberapa rakan, temui tuan rumah dan tawarkan perkhidmatan percuma. Manalah tahu, ada yang berminat dan kemudiannya bermurah hati menghadiahkan sesuatu seperti wang saku atau lauk pauk. Bukan meminta tetapi orang Melayu kaya dengan budaya. Orang memberi kita merasa.

salah satu khidmas yang kerap dilakukan oleh Mejar Thani adalah membantu membersihkan tanah perkuburan. Besar fadilatnya.


Catatkan sedikit penerangan dalam buku log. lebih baik jika ada gambar, tampalkan ke dalam buku log sebagai bukti. kemudian minta tuan rumah atau pengantin menurunkan tandatangan sebagai kenang-kenangan. Anda telah melakukan khidmas. Kumpulkan jumlah masa yang dilakukan dan minta jurulatih mengesahkan apa yang anda lakukan. Maka selesai satu item dari ujian yang anda hadapi. Tidak perlu menanti kursus kenaikan pangkat.


Di sini kita dapat lihat bahawa, KRS terlalu mudah untuk dihayati. Bukan sekadar berkawad. Bukan sekadar bergaya dengan unifom. tetapi menyumbang untuk masyarakat setempat. Jadilah insan yang menyelesaikan konflik bukan insan yang mencetuskan konflik untuk mencari kesilapan orang lain-KJ N9