Khamis, 31 Mei 2012

PERTANDINGAN MASAKAN MENGGUNAKAN RANSUM TEMPUR PKBM (L) ZON TENGAH

Meninjau aktiviti Pertandingan Masakan ransum Tempur PKBM (L)petang rabu lalu juga sesuatu yang mengujakan. Melihat bagaimana anggota-anggota PKBM (L) melaksanakan penyediaan makanan menggunakan Ransum Tempur Tentera Laut adalah sesuatu yang baru bagi saya. Mereka begitu kreatif mengolah makanan tempur menjadi hidangan yang lazat dan menarik.





Meninjau Persiapan Tamat Perkhemahan PKBM (L) Zon Tengah

Saya dan beberapa rakan ditugaskan membantu dalam Perkhemahan Kadet Bersatu Malaysia (L) Zon Tengah bertempat di Kem Rimba Ilmu, Juasseh. Satu pengalaman yang mengujakan berada di perkhemahan ini. Terlalu banyak kelainan dan perbezaan antara KRS dan juga PKBM (L) yang boleh dipelajari. TLDM mempunyai pelbagai  istiadat ketenteraan yang berlainan antara darat, udara dan laut.


Dari segi pangkat dan sebagainya jelas menunjukkan kelainan. Dari istilah Leading untuk Kopral, Bintara atau Petty Officer, GI dan sebagainya. Sesuatu yang menarik dan berlainan jika dibandingkan dengan perkhidmatan tentera yang lain. Melihat gaya kawad juga adalah sesuatu yang mengujakan. Tidak banyak  unsur hentakan kaki digunakan.

Jumaat, 25 Mei 2012

Karenah Waktu Pertandingan Kawad

Terdengar satu insiden baru ni. Ada platun sekolah rendah yang hendak di "terminated" dari pertandingan kawad gara-gara minta diberikan peluang diberi sedikit masa membuat persediaan kerana mereka berkongsi peralatan. Salah seorang pegawai, tak tahulah siapa yang dengan angkuhnya menyuruh pasukan tersebut diterminatedkan.

Memang mudah bunyi mengeluarkan cadangan. Tetapi terfikirkah kita betapa susahnya sesebuah sekolah mahu menyediakan pasukan kawad. Kalau satu dah terasaa susah inikan pulan dua pasukan. Khebarnya pasukan ini sahaja yang sudi menyahut cabaran setelah sekolah-sekolah lain menolak penyertaan. Sudahlah bersusah payah dengan latihan, mengorbankan masa berbulan-bulan. Ditambah pula dengan persediaan peralatan. Yang memakan ribuan ringgit. Kita jangan mudah menghukum. Tanpa sekolah-sekolah begini, kita mungkin tak dapat menghantar pasukan kawad untuk daerah.

Di sinilah budi bicara memainkan peranan. Biarpun peraturan telah menetapkan tetapi ada kalanya budi bicara harus digunakan bagi menentukan salah satu tunggak 12 dilaksanakan iaitu "KESELESAAN BEKERJA". Kalau guru pengiring sudah dimalukan begini di depan orang lain, bagaimana mereka mahu selesa bekerja lagi. Bagaimana mereka mahu menghambakan diri untuk melatih pasukan kawad pada tahun-tahun akan datang. Bagaimana mereka mahu menjadikan kokurikulum ini penting sebagaimana diharapkan.

Berpada-padalah sewaktu membuat kenyataan atau cadangan. Renung dan kasihanlah pada sekolah yang tidak mampu. Yang menadah tangan memohon bantuan sana sini. Hanya untuk merealisasikan hasrat untuk memastikan pasukan daerah bertanding sama dan memastikan murid mendapat hak untuk memiliki sijil negeri. Khabarnya pasukan ini berazam tidak mahu lagi menghantar pasukan kerana bimbang perkara ini akan berlaku lagi dan mereka akan dipertikaikan lagi.