Jumaat, 13 Januari 2012

Tablet 7 Inci Dengan Ice Cream Sandwich Dan Tegra 3 Dari Asus Pada Harga $249


Asus hari ini dikatakan memperkenalkan peranti 7 inci yang mana akan membawakan processor Tegra 3 / Kal-El dari NVIDIA yang mana juga akan turut dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada harga serendah $249 (RM750+/-).

Maklumat berkenaan peranti tersebut walaubagaimanapun masih lagi kurang diketahui tetapi tablet 7 inci pada harga tersebut sudah cukup untuk membuat orang ramai gembira. Tablet paling murah yang diumumkan sebelum ini adalah Kinde Fire yang dijual pada harga $199 telah mendapat sambutan hangat walaupun tidak membawakan spesifikasi yang tinggi.
Nampakya orang ramai boleh menjangkakan harga tablet yang lebih murah pada tahun ini.

sumber asal : beta.my