Jumaat, 6 Januari 2012

Mengapa Kalah Dalam Pertandingan Kawad

Seringkali kita mendengar keluhan pasukan yang kalah sewaktu pertandingan kawad. Ada kalanya keluhan itu lebih merupakan rungutan kepada Hakim yang kononnya tidak professional, hakim berat sebelah dan sebagainya. Beberapa perkara kecil kadangkala menyebabkan kita kalah. Saya ingin menumpukan kepada aspek unifom trelebih dahulu dalam entri ini.

Warna Pakaian Tidak Seragam

Cuba anda lihat warna unifom yang tidak seragam. markah akan ditolak dari ketidak seragaman yang berlaku. Biarpun markah yang ditolak itu kecil tetapi jika berlaku terlalu banyak penolakan anda bayangkan kesannya.

Kemudian lihat tali pinggang yang digunakan. Tali pinggang itu tidak diwartakan sebagai unifom krs. penggunaan belt 70 telah lama dimansuhkan digantikan dengan tali pinggang rasmi KRS.

Lihat kedudukan hackle yang tidak berada pada kedudukannya yang juga menjejaskan pemarkahan dari segi unifom dan aksesori.

Masih ada pasukan yang menggunakan seluar sekolah bersama unifom kerana kekurangan belanja untuk menyediakan pasukan. sesuatu yang sukar untuk dielakkan
Cukuplah dahulu. Saya akan sambung lagi dalam entri seterusnya.