Isnin, 9 Januari 2012

Antara sebab kalah dalam pertandingan kawad

Ramai yang tidak sedar tentang kesilapan yang dilakukan sewaktu pertandingan kawad dan akhir menyalahkan hakim, penganjur dan pasukan yang menang. Hakikatnya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kekalahan.

Antara yang menjadi penyebab adalah pergerakan kawad itu sendiri. Kawad KRS tidak seperti kawad yang diamalkan oleh unit lain. masalah yang timbul apabila ketiadaan jurulatih KRS, maka pihak pentadbiran pasukan mengambil jalan mudah. Melantik jurulatih dari badan lain. Polis , RELA, JPAM dan sebagainya. kawad yang diamalkan adalah sedikit berbeza dengan KRS. Maka sewaktu pertandingan berlangsung dengan mudah kelaian dikesan oleh hakim-hakim yeng terdiri dari Pegawai-pegawai KRS. Di sana bermula faktor-faktor kekalahan yang tidak disangka.

Faktor kedua adalah keghairahan sesorang jurulatih melengkapkan platun dengan persediaan. Sehinggakan aksesori yang bukan pakaian KRS digunakan seperti Belt 70. KRS hanya menggunakan tali pinggang rasmi dalam kawad. Yang lebih menarik bila KRS Puteri menggunakan  Belt 70 seperti yang dipakai oleh Kadet Polis atau PKBM. Tentunya penolakan markah akan berlaku. Penggunaan selempang merah tidak wujud dalam KRS. Sesuatu yang harus diambil ingatan. KRS hadir dengan identiti sendiri. Kita jangan mengambil kira unit unifom lain dalam melengkapkan pasukan.

Faktor Ketiga yang selalu kelihatan dilupakan adalah unsur suara. Setiap platun yang bertanding, sebaik mungkin semaklah peraturan pertandingan, syarat-syarat dan juga borang pemarkahan. Kaji dengan teliti apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat.

Faktor keempat yang menyumbang ke arah kekalahan adalah sikap sambil lewa sesetengah pihak yang menghantar wakil sewaktu taklimat atau mesyuarat penyelarasan pertandingan. Menghantar wakil yang tidak ada asas kawad. Dan wakil pula hadir kerana memenuhi syarat. Bila kembali ke sekolah, maklumat tidak disampaikan. Dan berlakulah salah menyalah antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Sebagai panduan untuk masa akan datang, rancanglah setiap pergerakan kawad. Jika kita berusaha, kita mempu menjadi johan atau pemenang dalam pertandingan. Elakkan dari menyalahkan pihak-pihak lain yang tiada kena mengena dengan persediaan kita. KRS milik kita. Tentukan yang terbaik terhadap apa yang kita miliki.