Sabtu, 17 September 2011

INOVASI GEJET

Jika kita memperkatakan tentang gejet, maka akan terbayanglah rekabentuk gejet yang terdapat dalam perkhemahan-perkhemahan KRS mahupun unit berunifom yang lain. Gejet merupakan alat ganti kepada perabut yang terdapat di rumah. Dalam aktiviti KRS, gejet merupakan platform untuk mengasah bakat serta kreativiti anggota.
Secara umumnya apabila kita menyebut gejet, akan terbayang gejet yang berbentuk segi tiga yang kamudiannya ditambah dengan lantai untuk dijadikan tempat menyimpan makanan ataupun bahan-bahan. Gejet sebenarnya tidak mempunyai syarat-syarat tertentu. Seketul tunggul kayu yang anda jumpa dan anda jadikan tempat untuk meletakkan peralatan memotong juga dianggap gejet. Begitu juga dengan Ranting-ranting kayu yang dipotong boleh dijadikan tempat untuk meletakkan gelas atau menggantungkan cawan-cawan.

Salah satu jenis gejet

Gejet senarai nama ahli perkhemahan

Tempat menggantung gelas dan pinggan