Isnin, 19 September 2011

KENALI ULAMA KITA


ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF R.A

      1.         Abdul Rahman bin ‘Auf R.A. adalah salah seorang daripada lapan orang sahabat yang mula-
              mula memeluk Islam dan dijanjikan syurga oleh Rasulullah S.A.W.

2.       Dilahirkan diMekah pada tahun 580 masihi, iaitu 10 tahun lebih muda daripada Rasulullah S.A.W.

3.       Namanya sebelum Islam ialah Abdu ‘Amru. Setelah memeluk Islam, Rasulullah S.A.W. memberi nama Abdul Rahman bin ‘Auf.

4.       Beliau adalah diantara golongan sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan Madinah untuk menegakkan Islam.

5.       Beliau merupakan pejuang Islam yang banyak menempuh halangan, rintangan dan pahit getir untuk menegakkan perjuangan Islam bersama-sama Rasulullah S.A.W. Berkat ketaqwaan, keimanan yang jitu dan disertai semangat jihad yang tinggi, beliau berjaya memberi sumbangan yang besar kepada Islam.

6.       Beliau terkenal di kalangan sahabat dan termaktub dalam tinta sejarah sebagai seorang dermawan Islam yang unggul. Beliau seorang ahli korporat yang berjaya dan kekayaan yang diperolehinya digunakan untuk membantu mempertingkatkan perjuangan Islam.

7.       Pada tahun 31 hijrah, beliau kembali kehadrat Allah S.W.T. ketika berusia 74 tahun.



Peribadi

Abdul Rahman R.A seorang hartawan Islam yang perlu dicontohi oleh ahli-ahli korporat zaman ini. Walaupun beliau seorang yang kaya-raya tetapikekayaan tidak menghanyutkannya dalam arus kehidupan dunia. Peribadinya tetap utuh dalam mengimbangi keperluan hidup dunia dan akhirat.


(Peribadi Abd Rahman Bin ‘Auf)

-Sorang dermawan yang sanggup mengorbankan harta kekayaan untuk jalan Allah S.W.T

-Bijak dan berpandangan jauh untuk mencipta kejayaan hidup dunia dan akhirat.

-Tawadduk dan baik hubungannya dengan orang ramai walaupun ia seorang hartawan.

-Bijak, tabah dan sabar mengharungi liku-liku perjuangan untuk menegak dan memartabatkan Islam

-Berdaya maju dan berdaya saing untuk meningkatkan maruah Islam terutama dalam sector perniagaan

-memiliki sifat-sifat terpuji seperti tawadduk, ikhlas, kuat beribadat, pemurah yakin diri dan lain-lain.



Pengorbanan Dan Perjuangan

1. Abdul rahman bin ‘Auf seorang hartawan yang banyak menyumbang harta kekayaan untuk membantu Rasulullah S.A.W. memperjuangkan Islam. Sumbangan yang diberikan sangat bermakna dan besar faedahnya, di saat-saat Islam menghadapi banyak ancaman dan kesulitan di peringkat awal perkembangan Islam. Tanpa iman yang mantap, ketaqwaan dan semangat jihad , tidak mungkin seseorang itu dapat mencontohi pengorbanan beliau. Di antara sumbangan beliau yang tercatat dalam tinta sejarah, antaranya:

(a)               Pernah menderma 4 000 dinar secara spontan setelah Rasulullah memohon sunbangan sarpada orang ramai, sebelum Baginda menggerakkan tentera ke medan perang.

(b)               Menderma kepada 100 orang tentera Islam yang terlibat dalam peperangan Badar sebanyak 400 dinar setiap seorang.

(c)                Menderma200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta untuk peperangan Tabuk dan kebetulan ketika itu berlaku kemelesetan ekonomi.

(d)               Memberi kepada isteri-isteri Rasulullah S.A.W. setelah kewafatan baginda sebanyak 80 000 dinar setiap orang dan diberikan juga untuk seluruh keluarga baginda 1 000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3000 ekor kambing, tanah, rumah dan perniagannya.



2. Abdul Rahman bin ‘Auf adalah seorang pejuang Islam yang banyak turut serta dalam peperangan di zaman Rasulullah S.A.W. Beliau juga turut mengalami luka-luka di tubuh badannya ketika menentang musuh di medan perang.

3. Abdul Rahman bin ‘Auf adalah di antara sahabat-sahabat yang bersama Rasulullah menanggung penderitaan dan pahit getir dalam peristiwa hijrah ke Habsyah dan Madinah. Pengalaman ini membuktikan bahawa beliau sentiasa memberikan taat setia dan menjadi tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah S.A.W. Sesuai dengan sumbangannya yang besar kepada Islam Rasulullah S.A.W. telah menjanjikannya diantara sepuluh sahabat yang dikamin masuk syurga.

4. beliau telah diberi penghormatan dan kepercayaan oleh Saidina Omar Al-Khattab menjadi pengerusi jawatankuasa pemilihan khalifah yang terdiri daripada lima orang sahabat.



Penghayatan

1.         Bijak mengimbangi keperluan hidup di dunia dan akhirat

2.       Sentiasa gigih dan tabah untuk mencipta kejayaan dalam apa jua pekerjaan.

3.       Sentiasa peka dan sensitive dengan keadaan yang melanda umat Islam

4.       Bermurah hati membelanjakan harta ke jalan Allah S.W.T.

5.       Bercita-cita tinggi untuk memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

6.       Sentiaa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T


Bahan ini disediakan oleh
Kadet Remaja Sekolah
Negeri Kedah Darul Aman