Khamis, 8 Disember 2011

KE MANAKAH MENGHILANGNYA MAKAM-MAKAM SULTAN MELAKA

Merentasi dunia maya saya mencuba untuk mencari makam-makam sultan-sultan yang tersohor namanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Saya temui beberapa maklumat mengenai makam Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja yang rupawan sehingga menjadi sengketa antara Pahang dan Melaka. Tetapi saya tidak menemui makam sultan-sultan Melaka dari zaman Mansur Syah hinggalah yang terakhir. Barangkali tersilap pandang, namun maklumatnya tiada.

Bagi yang memilikli maklumat, saya pohon perkongsian untuk disebarkan di kalangan pelajar-pelajar di seluruh negara.