MODUL AKTIVITI KEROHANIAN / MORAL
1. PENGENALAN
Kerohanian dan moral adalah merupakan kurikulum teras dalam kurikulum Kadet
Remaja Sekolah (KRS). Setiap aktiviti yang dijalankan mestilah dikaitkan atau
dihubungkan dengan aspek kerohanian dan moral.
Melahirkan pemimpin dikalangan pelajar yang berketrampilan dari sudut lahiriah dan
mantap dengan jati diri dalaman.
3.1 menyediakan satu garis panduan pelaksanaan modul kerohanian Pegawai Waren
3.2 melahirkan pelajar yang sempurna dari sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
3.3 mempraktikkan kurikulum kohanian dan moral dalam kurikulum KRS
3.4 memastikan pelajar mentaati ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
4.1 kaedah pelaksanaan
Dijalankan sepanjang masa kursus. Item kerohanian hanya akan dilaksanakan
oleh pelajar Islam, manakala item moral adalah untuk pelajar bukan Islam.
Menjawab secara lisan/bacaan/amali
a. Rukun Solat
b. Bacaan dalam solat
c. Wirit/Doa lepas solat (ringkas)
d. Mandi wajib
e. Rukun Iman/Islam
f. Sifat 20/Asmaulhusna
g. Bacaan ayat Lazim
h. Sifat wajib bagi rasul
i. Nama para sahabat / Nabi
J. Doa harian
Penerangan secara lisan tentang semua tajuk di bawah.
a. kebersihan
b. keluarga bahagia
c. alam sekitar
d. kepentingan menuntut ilmu
e. belia benci dadah
f. keselamatan jalan raya
g. adab dengan rakan
h. adab dengan guru/jurulatih
i. adab dengan ibu bapa
j. kekemasan diri
4.5. keperluan jurulatih
a. jumlah yang mencukupi: seorang bagi setiap lokasi aktiviti atau
b. seorang jurulatih akan berada bersama satu kumpulan untuk sepanjang kursus
c. jurulatih bagi aktiviti tersebut yang membuat penilaian bagi setiap kumpulan
yang tiba dilokasi tersebut.
a. markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang terlibat berpandukan ujian
lisan yang dijalankan mengikut keperluan kad ujian/borang pemarkahan yang
telah ditetapkan.
b. Pengujian secara berasingan bagi pelajar Islam dan pelajar bukan Islam.
5. PENUTUP
Adalah diharapkan melalui penilaian ini akan membimbing pelajar membentuk
jati diri dalaman disamping pemantauan yang berterusan dari jurulatih
supaya dapat melahirkan bakal Sarjan yang berketrampilan dan berakhlak
mulia yang akan membantu mengarahkan hala tuju KRS diperingkat negeri ke
landasan yang sebenar.