Sabtu, 17 September 2011

TRANFORMASI DALAM LATIHAN KRS

Saya terpanggil  untuk memberikan sedikit pandangan setelah berkhidmat sebagai Pegawai KRS sejak sekian lama. KRS sering sinonim dengan kawat kaki. Di mana sahaja kita pergi, tumpuan utama latihan adalah kawat kaki sehingga kita terlupa bahawa terlalu banyak pecahan yang terdapat dalam aktiviti KRS. Sewaktu menghadiri aktiviti unit  berunifom, KRS sering tenggelam jika dibandingkan dengan unit lain dari segi kemahiran kecuali kawat kaki.

Aktiviti kebudayaan -salah satu sukatan yang terdapat dalam KRS/TKRS
Justru itu, semua penggiat KRS diseru agar memberikan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk kemahiran seperti pandu arah, pertolongan cemas, ikhtiar hidup yang akan lebih menarik minat anggota KRS. Aktiviti-aktiviti ini akan merangsang kreativiti anggota KRS serta melengkapkan anggota dengan pengetahuan yang tidak akan dapat dibeli di mana-mana.
Penghasilan gejet adalah salah satu kemahiran yang ditawarkan dalam aktiviti KRS