Seorang Sarjan (KRS) atau Staf Sarjan (KRS) pula akan bertindak selaku Ketua Platun yang akan menjadi pembantu utama kepada Komander Platun. Seorang Ketua Platun akan bertindak memastikan anggotanya berdisiplin, mematuhi peraturan serta bersedia untuk sebarang aktiviti yang akan dilaksanakan. Ketua Platun akan dibantu oleh 3 orang Kopral dari setiap seksyen. Kumpulan ini dikenali dengan nama Kumpulan Rintah (O Group) dalam tentera atau Pasukan Gerakan Am PDRM.
STRUKTUR ORGANISASI
KOMANDER PLATUN
Leftenan Muda/Leftenan
Guru
KETUA PLATUN
Staf Sarjan/Sarjan
Pelajar
KETUA SEKSYEN 1 KETUA SEKSYEN 2 KETUA SEKSYEN 3
Kopral Kopral Kopral
P/KETUA SEKSYEN 1 P/KETUA SEKSYEN 1 P/KETUA SEKSYEN 1
Lans Kopral Lans Kopral Lans Kopral
10 orang anggota 10 orang anggota 10 orang anggota
KOMPENI
Kompeni pula adalah gabungan 4 buah platun. Setiap kompeni akan diketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah Kompeni dan dibantu oleh seorang Ejutan untuk menguruskan pentadbiran serta seorang Ketua Kompeni berpangkat Pegawai Waran 2 atau Pegawai Waran 1. Pegawai Waran 1 atau II yang menjadi Ketua Kompeni juga bertanggung jawab terhadap kebajikan, tatatertib serta keselamatan anggota-anggota di bawahnya. Empat orang Komander Platun akan mengetuai setiap platun dan dibantu oleh 4 orang Sarjan, 12 orang Kopral dan 12 orang Lans Kopral. kompeni biasanya dikenali dengan panggilan nama Kompeni A, B, C atau D.