Simpul Mati - Thumb Knot
Simpulan yang amat mudah dilakukan dan sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menghasilkan "stopper" pada hujung tali atau mematikan hujung tali agar tidak terburaiSimpul Buku Sila-Reef Knot
Simpulan ini berguna untuk menyambung dua tali yang sama besar, mengikat bungkusan serta mengikat hujung pembalut 3 segi sewaktu membuat balutan kecemasan
Simpul Bunga Keti- Sheet Bend

Seperti Buku Sila simpulan ini berfungsi untuk menyambung dua tali tetapi untuk tali yang tidak sama besar dan licin. Kekuatan sambungannya lebih kuat dan lebih tahan dari Simpul Buku SilaSimpul lapan- Figure Of Eight Knot
Seperti "thumb knot", Simpul lapan berfungsi sebagai "stopper" pada bahagian tengah tali atau mematikan hujung tali
Simpul Mati Bertanjul
Konsep penghasilannya seperti Simpul Mati tetapi sebelum menghasilkan simpulan ini, hujung tali dilipat dua untuk menghasiolkan"loop" pada hujung tali. "Loop" ini boleh disangkutkan pada pancang khemah atau mana-mana tempat yang sesuai
* Untuk nota lanjut sila dapatkan cd bahan latihan KRS/TKRS di www.cdkrs.blogspot.com atau email nama dan alamat ke krsnsembilan@gmail.com
