Ahad, 29 Januari 2012

Polis kenal pasti dua kedai salah guna BB1M

SHAH ALAM 28 Jan. - Polis mengenal pasti dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, satu kertas siasatan telah dibuka untuk mendakwa pemilik kedai buku tersebut selain turut memberi amaran akan mengambil tindakan sama ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu.
Menurut beliau, pihaknya juga sedang menyiasat dakwaan terdapat sepasang suami isteri turut melakukan kesalahan sama dengan menawarkan diri untuk membeli baucar berkenaan dengan kadar lebih murah daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).
"Selain itu, kita juga sudah mengesan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia (UM) yang mengiklankan BB1M dalam laman Internet untuk menjualnya dan mendapatkan wang tunai," katanyaselepas melancarkan majalah Auto Maskulin di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini hari ini.
Pada 26 Januari lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, pegawainya telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung penyalahgunaan BB1M oleh pelajar yang layak menerima baucar tersebut.
Pemberian BB1M bernilai RM200 adalah salah satu insentif disediakan kerajaan untuk rakyat dan diberi kepada semua pelajar di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPT awam serta swasta yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
Mengulas mengenai perkembangan kejadian letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini selepas perbicaraan liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu, Khalid berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiga bom digunakan diperbuat daripada mercun.
"Polis masih menunggu laporan Jabatan Kimia dan siasatan terperinci serta menyeluruh sedang dilakukan.
"Kami turut melakukan soal siasat terhadap beberapa individu mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dengan sengaja menimbulkan suasana boleh gugat keharmonian negara," katanya.

BUDAYA GENGESTERISME SEMAKIN MELAMPAU

 

26 motosikal musnah dibakar

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarng@utusan.com.my
PETALING JAYA 28 Jan. - Angkara membalas dendam antara dua kumpulan, penduduk di Apartmen Desa Mentari di sini menjadi mangsa apabila 26 motosikal dan sebuah teksi milik mereka musnah dibakar sekumpulan lelaki.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada tindakan sekumpulan lelaki membaling botol berisi petrol.
Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, katanya, kesemua suspek datang ke perumahan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan dan disedari penduduk.
"Sebaik sahaja api dipadamkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik dipanggil bagi menyiasat punca kebakaran.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian bermotifkan balas dendam dan pergaduhan di antara dua kumpulan," katanya di sini hari ini.
Tambah Arjunadi, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan disyaki terlibat dalam kejadian itu dan siasatan mendapati ada antaranya mempunyai rekod jenayah.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.
Mangsa, K. Elumalai, 44, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga sedang nyenyak tidur namun tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan penduduk.
"Penghuni lain yang tidur ketika itu juga terjaga apabila mendengar jeritan orang ramai. Mereka kemudian turun untuk melihat apa yang berlaku.
"Namun, sebaik sahaja tiba mereka terkejut apabila menyedari terdapat kenderaan terbakar lalu memaklumkan kepada pihak polis serta pasukan Bomba dan Penyelamat.
"Dalam kejadian itu, dua buah motosikal milik saya dan isteri hangus terbakar," katanya

Jumaat, 27 Januari 2012

AL-FATIHAH UNTUK RAKAN YANG TELAH PERGI



Assallamualaikum...
Jumaat yang mulia ini, saya ingin mengenang kembali beberapa rakan yang telahpun berpulang ke rahmatullah. Rakan yang kita kenal, kita pernah temui, pernah termakan budi dan pernah bergurau senda.
namun Allah lebih menyayangi mereka dan meninggalkan kenangan terindah buat kita semua.

LT KOLONEL (KRS) MOHD THANI SHAABAN
Inilah insan yang membawa dan memperkenalkan KRS kepada kita semua. bermula dengan Kadet Remaja Islam dan kini berkembang menjadi Kadet Remaja Sekolah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan kini bertambah oleh penyertaan Kadet Remaja Sekolah Musleh. Jasa beliau perlu dihargai dan diingati oleh kita semua. 20 tahun KRS cuba berdiri setanding dengan unit unifom lain atas dasar yang beliau tegakkan berpaksikan Ilmu, Iman dan Amal. Mari kita hadiahkan surah Al Fatihah untuk beliau yang meninggalkan KRS untuk kita cernakan selaras dengan kehendak dan perubahan zaman

MEJAR (KRS) AINOL AZLAN ABDUL AZIZ
Insan yang pernah menyendang jawatan Ketua Jurulatih KRS N9. Insan yang kuat bekerja dan sentiasa dengan keriangan. TIdak pernah kenal erti penat dan lelah.  Sentiasa mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk KRS N9 khususnya dan KRS Malaysia. Namun Allah menjemputnya pada usia yang masih muda. Beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu mengendalikan perkhemahan. Namun jasa beliau, nama beliau dan budi baik beliau akan  terus menjadi kenangan buat kami di N9. Al Fatihah untukmu tuan.

KAPTEN (KRS) ROHANA AHMAD
Masih teringat kata-kata terakhir beliau sewaktu perkhemahan KRS peringkat N(. "Saya dah serahkan semua pada dia", ujarnya sambil menunjukkan seorang guru yang membantunya. Rupanya beliau telah bersedia menyerahkan tugas-tugas yang disandang oleh beliau kepada penggantinya.  Kematiannya saya ketahui saat saya mahu menghantar dokumen ke PUSAKO, Sungai Jeletung. Ramai pegawai yang tiada. Rupanya mereka menghadiri pengkebumian aruah. teringat kelembutan dan senyumannya. Dan aruah meninggalkan seorang bayi yang baru lahir. Barangkali, bayi itu telah menanjak ke umur belasan tahun kini. Apapun teman, Al_Fatihah untukmu. Damailah di sana.

KAPTEN (KRS) MAZLAN (Lupa nama penuh aruah)
Pernah bersama beliau di Air Keroh Country Resort sewaktu Kursus untuk Penolong Kanan Koko N9. Periang dan penuh dengan lawak jenaka. Ada sahaja gurauan yang beliau. Sewaktu kursus beliau menghidapi masalah kekurangan gula. Sempat saya bantu apa yang perlu dan beliau kembali pulih. Sewaktu mengendalikan Kawat Kaki bersama dengan Mejar (KRS Sivanesan) untuk Kursus Asas untuk Leftenan Muda di PUSAKO Sungai Jelutung kami mendapat berita beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam sebelum itu. Al Fatihah buatmu teman.

LEFTENAN (KRS) ZAHARI (Saya tidak ingat yang mana satu)
Pagi kelmarin, Leftenan Arif dari SMKBBS dan Mejar (KRS) Rosnah Hj Rasli menghantar pesanan ringkas memaklumkan beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat kanser dan meninggalkan 5 oran anak. Saya rasa pernah bertugas dengannya sewaktu perkhemahan KRS Kebangsaan 2011. Al Fatihah untuk teman.


Di sini, dibatu ini,
akan kutuliskan lagi
namumu dan namaku
maafkan bila waktu itu
dengan menuliskan nama kita
kuanggap engkau berlebihan
sekarang, setelah kaupergi
barulah kami mengerti
ternyata kauingin tinggalkan
KENANGAN

Selasa, 17 Januari 2012

NOVEL AYAT-AYAT CINTA DALAM BENTUK PDF


Novel Ayat-ayat Cinta dalam format PDF untuk dikongsikan oleh sesiap yang berminat.
Ikuti langkah berikut:
1. Dermakan "LIKE" untuk Laman facebook KRS N9
2. Jadilah Follower kami

dan saya akan emailkan novel tersebut kepada anda untuk dinikmati

Isnin, 16 Januari 2012

Download Internet Download Manager 6.07 Build 2

Internet download manager adalah perisian bagi mempermudhakan anda memuat turun sesuatu fail & tidak kira jenis fail.. ianya lebih kepada fungsi mendownload yang cekap.. ramai pengguna mengatakan internet download manager ini adalah perisian mendownload yang laju dari segi byte yang ditelan...saya juga telah lama menggunakannya dari versi terdahulu hingga lah sekarang versi 6+.. mungkin akan dibina lagi untuk memperbaiki fungsi2nya yang mungkin error atau sebagainya yg membuatkan pengguna merungut...
Perisian ini boleh ditetapkan kelajuannya mengikut kemampuan kb internet anda.. juga boleh setting dengan habis limit.. tp apabila anda setting habis limit, perjalanan internet anda mungkin terganggu semasa anda menjalankan download menggunakan download manager disebabkan perisian tersebut telah menggunakan hampir kesemua kb internet anda yg membuatkan internet browser anda perlahan.. tetapi perjalanan download anda laju... pastikan juga internet anda pantas untuk setting yang habis limit...
berikut saya nak share perisian IDM ini dengan versi 6.07 b2. Pastikan selepas install anda crack terlebih dahulu untuk fullkan perisian ini...
Cara2 install:
2. selapas dah download, extract fail tersebut.. didalamnya ada setup bagi IDM..

3. Lpas da extract pergi ke folder internet download manager & double click pada idman607 untuk jlnkan install..

4. kemudian akan muncul tetingkap kecil.. klik next, next sampai finish... ok da siap.. jgn lupa pulak cracknya..
5. buka folder crack.. copy fail idman , Regkey windows -32bit & Regkey Windows 64bit kemudian pastekan pada folder C:/Windows/Program file/Internet download manager
sekarang IDM anda sudah diaktifkan dan boleh digunakan... selamat mencuba..~~

JANGAN CARI MASALAH

SEORANG PELAJAR USM DIPANGGIL MEMBERI KETERANGAN
HANYA KERANA INGIN BERGURAU

orang tua-tua di N9 telah menyatakan dalam bidalan
rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari
jangan terhantuk baru nak terngadah

Malah perumpamaan Melayu juga telah berkata
mudik tentu bertemu hulu
menghilir ketemu sungai
biarlah jadi resmi padi, makin berisi makin tunduk
jangan menjadi burung tukang,
pahat berbunyi, rumah tak pernah siap

BERPADA-PADALAH DALAM HIDUP INI

RECENT POST

Penggunaan widget recent post adalah penting untuk menunjukkan kepada pengunjung apa entri-entri terbaru yang terdapat dalam blog. Lagi berguna jika pengunjung yang datang bukannya dari frontpage. Jadi widget recent post sangat penting ketika ini.

Sebelum ini sudah diletakakn
Animated recent post widget,tetapi untuk kali ini, tutorial akan menunjukkan cara meletakkan recent post widget, tetapi jenis statik.

Contoh adalah seperti gambar ini.



Cara-cara untuk meletakkan widget ini adalah seperti berikut:

1. Dari dashoard > desin > add a gadget > HTML/javascript
2. Dalam ruangan HTML/javascript, masukkan kod berikut.
<script language="JavaScript">

imgr = new Array();


imgr[0] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";

imgr[1] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";

imgr[2] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";

imgr[3] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";

imgr[4] = "http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSBlHGugCBI/AAAAAAAAFPA/Z5MTCuXMpEs/no_image.gif";
showRandomImg = true;

boxwidth = 298;

cellspacing = 8;

borderColor = "#ffffff";

bgTD = "#000000";

thumbwidth = 40;

thumbheight = 40;

fntsize = 12;

acolor = "#666";

aBold = true;

icon = " ";

text = "comments";

showPostDate = false;

summaryPost = 40;

summaryFontsize = 10;

summaryColor = "#666";

icon2 = " ";

numposts = 5;

home_page = "http://URL ANDA.blogspot.com/";

</script>

<script src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/recentpostthumnail.js" type="text/javascript"></script>


Note:
Anda boleh ubah beberapa kod mengikut kesesuaian blog anda.
boxwidth - lebar widget
cellspacing - jarak antara cell (default sudah ok)
borderColor - Warna background (untuk melihat senarai kod warna,
RUJUK SINI)
thumbwidth & thumbheight - lebar dan tinggi thumbnail (default sudah ok)
fntsize - Size untuk tajuk
acolor - Warna tajuk.untuk melihat senarai kod warna,
RUJUK SINI)
aBold - Mahu tajuk di'tebalkan' atau tidak (true or false)
numposts - Bilangan recent post yang dikehendak
home_page : http://URL ANDA.blogspot.com/ (Gantikal URL ANDA dengan url blog anda)

3. Save dan lihat hasilnya.:)
-Bagi yang buat tetapi tidak menjadi, dari dashboard > settings > site feed
- Pada allow site feeds, pilih FULL

HILANGKAN BUTTON FOLLOW & DASHBOARD

Navbar berperanan untuk memudahkan blogger kembali kepada link² tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa pengubahsuaian yang dilakukan yang menyebabkan kehadiran navbar ini sedikit menyemakkan.:). Jadi tutorial kali ini akan menunjukkan cara untuk hilangkan navbar pada blog anda.
Antara pengubahsuaian yang menyebabkan navbar ini tidak diperlukan adalah
tutorial letakkan button follow dan dashboard dalam blog.
Tutorial untuk hilangkan navbar adalah seperti berikut.
Terdapat 2 cara, anda boleh pilih mana yang bersesuaian dengan blog anda.
CARA 1:
1. Dari dashboard > design > edit HTML
2. Dengan menggunakan fungsi Find ( ctrl + F), cari 'navbar'
(hasil cari biasanya samada navbar-iframe atau navbar sahaja)
3. Dari kod yang ada di bawah navbar,
Tukarkan 'display:block' kepada 'display:none'
contoh:
4. Save dan lihat hasilnya.
CARA 2:
Nota: Cara kedua digunakan jika anda tidak mempunyai 'navbar' dalam 'edit HTML' blog anda.
1. Dari dashboard > design > edit HTML
2. Dengan menggunakan fungsi find ( ctrl + F), cari kod body {
3. Copy dan paste code berikut SEBELUM code body {
#navbar-iframe {
display: none ;
}
contoh:
4. Save dan lihat hasilnya.:)

Cara Letak Button Follow Dalam Blog

Dalam template asal blogger, sudah diletakkan untuk widget follower dan juga dashboard. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan sedikit pengubahsuaian. Tutorial kali ini akan tunjukkan cara untuk letak button follow dan dashboard dalam blog seperti gambar di bawah.
Anda juga boleh tengok demo button follow dan dashboard ini di test blog ini.

Tutorial adalah seperti berikut.
1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang dibuka.
[
tidak faham.?]
<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-feYAFwQF-GM/TtOSBVXcMmI/AAAAAAAAHvk/GH1PZPVvU7c/follow.png" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://4.bp.blogspot.com/-N61PPu_1haE/TtOSBZgZikI/AAAAAAAAHvc/vIEC_dYpIVo/dashboard.png" /></a></div>

Nota: Gantikan '
ID BLOG ANDA'
Bagaimana untuk cari ID Blog.?
> Anda klik pada 'new post' dari dashboard, dan akan ada paparan seperti gambar di bawah. Noombor yang admin highlight adalah contoh NO ID BLOG
Kredit untuk; unwanted
Bercerita mengenai "hack", ramai yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada itu..tetapi harus diingat bahawa implikasinya sangat buruk sekiranya ilmu ini diwarisi hampir sebahagian anak muda..disebabkan itu, ilmu ini harus dituntut secara sendirian bermakna minat itu yang membawa kepadanya ke jalan itu..terpulang untuk membawanya ke arah kebaikan atau keburukan..jangan sesekali menyalahgunakannya,, kerna ilmu itu sangat berfaedah sekiranya dibawa kejalan kebaikan.
Ramai antara pengunjung blog ini yang meminta aril perjelaskan iaitu "bagaimana hendak tahu sama ada pc/laptop kena "hack" ataupun tidak?"..aril akan cuba perjelaskan dalam entri kali ini untuk anda tahu bagaimana caranya..
Sekarang ini cuba ikut bersama-sama langkah dibawah ini, kemungkinan anda adalah seorang mangsa hack.
*Sebelum itu,
sila pastikan anda menutup dahulu semua muat turun dan laman web yang anda layari.Untuk kaedah yang pertama, sekiranya anda menggunakan router ADSL. Pastikan anda tutup dahulu segala aktiviti muat turun apa sahaja, dan cuba lihat cahaya pada ethernet anda..sila lihat di bawah
Sekiranya cahaya pada ethernet itu berkelip dengan pantas, berbanding dengan kadar yang biasa, bermakna ada data yang dibawa masuk dan keluar dari laptop/pc anda..tetapi anda tidak membuat sebarang muat turun. Ini bermakna ada yang cuba untuk menyekat internet anda daripada diakses. Atau kaedah ini lebih dikenali sebagai "arp spoofing". Bererti anda sedang digodam!
Untuk kaedah yang kedua, anda boleh menggunakan cmd prompt untuk mengesyakinya..Buka sahaja command prompt, dan pastikan "run as administrator". Kemudian,,
Sila taip netstat -a
Anda akan menerima senarai sambungan internet yang aktif, semak sekiranya ada sambungan internet yang tidak dikenali dalam keadaan "ESTABLISHED". Sekiranya ada, anda sedang digodam!
Cuba taip netstat, dan anda boleh lihat pelbagai command yang disenaraikan. Anda boleh mencuba arahan-arahn yang lain untuk tujuan yang lain.
Untuk kaedah yang ketiga, pernahkah anda menerima notis sesuatu pada pc/laptop anda seperti perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu "hang" atau tergendala dalam beberapa saat dan kerap berlaku daripada kebiasaan. Sekiranya berlaku, anda mungkin di hack! Terdapat keylogger dan trojan yang dikonfigurasikan untuk menyampaikan maklumat log ke alamat IP atau ftp pada selang masa..dan apabila maklumat ini sedang dihantar, browser anda akan tergendala untuk beberapa ketika.
Untuk kaedah yang keempat, pernahkan anda menggunakan perisian mengenai TCP, gunakan perisian ini kerana ia memberikan senarai semua sambungan yang dibuat melalui TCP. Perisian ini mampu mengesan hampir semua trojan / sambungan yang bertujuan jahat untuk memasuki pc/laptop anda.
Untuk memuat turun perisian ini, sila ke laman ini : http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb897437
Untuk kaedah yang kelima atau terakhir, pastikan antivirus anda dikemaskini dan memasang firewall seperti Comodo, ZoneAlarm, Panda, F-Secure, Rising dan banyak lagi. Jika antivirus anda tidak dikemas kini secara tetap, ada risiko yang perlu anda tanggung. Jika anda tidak update antivirus anda secara kerap dan anda sering membuat pertukaran data dari komputer lain (cucuk usb atau hdd) dan memuat turun banyak fail-fail yang kemungkinan di "bind" dengan keylogger atau virus. Ada kemungkinan besar yang anda di hack!.
Saya amat pasti bahawa langkah-langkah yang disenaraikan di atas adalah masih baru bagi anda. Tidak mengapa, kita bermula daripada bawah dan mula naik perlahan-lahan ke atas k. Ini adalah serba sedikit berkaitan dengan hack. Sesuai untuk yang masih di tahap "beginner". Diharapkan anda dapat sebarkan kepada rakan-rakan anda supaya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam penggunaan internet. Sekian

Jumaat, 13 Januari 2012

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!
Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.
Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.
Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.
Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah anda. Bengiskan wajah dia ni?
kredit untuk shut


Tablet 7 Inci Dengan Ice Cream Sandwich Dan Tegra 3 Dari Asus Pada Harga $249


Asus hari ini dikatakan memperkenalkan peranti 7 inci yang mana akan membawakan processor Tegra 3 / Kal-El dari NVIDIA yang mana juga akan turut dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada harga serendah $249 (RM750+/-).

Maklumat berkenaan peranti tersebut walaubagaimanapun masih lagi kurang diketahui tetapi tablet 7 inci pada harga tersebut sudah cukup untuk membuat orang ramai gembira. Tablet paling murah yang diumumkan sebelum ini adalah Kinde Fire yang dijual pada harga $199 telah mendapat sambutan hangat walaupun tidak membawakan spesifikasi yang tinggi.
Nampakya orang ramai boleh menjangkakan harga tablet yang lebih murah pada tahun ini.

sumber asal : beta.my

Khamis, 12 Januari 2012

Buaya Port Dicksons

Terjumpanya bangkai buaya seberat 1 tan di Tanjung Agas Port Dicksons mengesahkan kehadiran buaya yang menyerang seorang posmen di pantai perkelahan. Buaya yang telah mati ditemui terdampar di pantai oleh penduduk kampung. kehadiran buaya di kawasan perairan air tawar bukan sesuatu yang ganjil kerana buaya boleh menyesuaikan diri di kedua-dua perairan

Bujang Senang juga dikatakan adalah buaya air masin yang gemar bertindak ganas terhadap manusia di Lubuk Antu, Sarawak. Bujang Senang yang telah mengorbankan banyak nyawa sehingga menjadi lagenda di Sarawak.

Gambar hiasan- mangsa bahaman buaya dan buaya yang dapat ditembak mati