Rabu, 30 November 2011

MAKAM LAKSAMANA HANG TUAH

Dikhabarkan bahawa Hang Tuah adalah salah seorang dari pahlawan melaka yang terkenal sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Bertemankan 4 sahabat baiknya, Hang jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, pahlawan ini membentengkan tubuh untuk mengawal perairan Melaka dari segala bentuk ancaman musuh.

Biarpun begitu, laksamana ulung ini pernah terlibat dalam konflik dengan Sultan hingga menyebabkan beliau dihukum bunuh oleh Sultan. Namun kerana kebijaksanaan Tun Perak, Laksamana Hang Tuah diarahkan keluar dari Melaka untuk seketika. Pada kali kedua, Hang Tuah sekali lagi dihukum bunuh namun sekali lagi Bendahara Tun Perak menyelamatkan nyawa laksamana ini dan kemudian mengembalikan semula nama baiknya yang berakhir dengan pertikaman dua sahabat baik, iaitu dengan Hang Jebat.

Antara bakti terakhir yang beliau berikan kepada kesultanan Melaka adalah dalam proses peminangan Puteri Gunung Ledang. Namun kerana faktor usia, Laksamana Tun Tuah telah mengarahkan agar Tun Mamat yang mendaki sehingga ke puncak

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

Makam Hang Tuah yang terletak di Tanjung Keling, Melaka



PERIGI HANG TUAH
Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

MAKAM HANG JEBAT


Makam Hang Jebat bertempat di Kampung Pali, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam. Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan. Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.

MAKAM HANG KASTURI
Hang Kasturi merupakan salah seorang pahlawan lima bersaudara yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.


Reka bentuk Makam Hang Kasturi banyak dipengaruhi seni bina India, yang mana terdapat ruang-ruang untuk menempatkan pelita untuk menerangi makam tersebut. Makamnya juga dalam bentuk bertingkat sederhana besar, tidak seperti makam-makan berukuran panjang yang dianggap keramat.