Sabtu, 26 November 2011

KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Konsep, Matlamat, Strategi dan Perlaksanaan
Konsep1.1 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid
harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut
kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa muridmurid
tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani
dan pembentukan nilainilai estetika serta sosial yang positif.
   
1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

1.2.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental
(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);

1.2.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;

1.2.3 Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;

1.2.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan
negara;

1.2.5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik muridmurid.
MATLAMAT

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

2.1 Menyemai kesedaran muridmurid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah;
2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat muridmurid dalam aktiviti yang diceburi;
2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;
2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.
STRATEGI
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya:

3.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
3.2 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang
kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan;
3.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
3.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
3.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan Ibu Bapa, Guru-Guru
(PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
3.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;
3.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
3.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
3.9 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
3.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke semasa.
PELAKSANAAN

Definisi

Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian )
Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai  
kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jil 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan
( Kokurikulum Kebangsaan ) mendifinisikan kokurikulum sepertu berikut:
“kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”



Jenis-Jenis Aktiviti    
                                                                                                                                                            Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No 11 Tambahan No.41
Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada
kategori yang berikut:
1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
2 Hobi dan rekreasi;
3 Sukan dan permainan;
4 Badan beruniform; atau
5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Peruntukan masa

Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, Jilid 11, Bil. 27, No. 5652 telah membuat
ketetapan pembahagian masa untuk Kokurikulum seperti yang berikut.

Tingkatan                                                     Aliran                                Masa
Peralihan & tingkatan 1-3                                                                     180 minit

Tingkatan 4-5                                               sastera                               180 minit
                                                                       sains                                   140 minit
                                                                       teknik                                 100 minit
                                                                       pertanian                           140 minit
                                                                       perdagangan                     180 minit
                                                                       SRT                                    180 minit


Sumber: SMK Putrajaya Presint 1