Ahad, 25 Disember 2011

Bahan Latihan KRS

Setelah cuba mencari bahan-bahan untuk latihan KRS di internet tetapi gagal menjumpai bahan yang diperlukan, tergerak hati saya untuk menghasilkan bahan dalam bentuk cd yang dapat membantu jurulatih-jurulatih KRS melaksanakan latihan. Setelah bertungkus lumus hampir dua bulan akhirnya tercapai juga hajat untuk melahirkan Cd yang dijangka dapat mengisi kekontangan bahan latihan yang boleh digunakan. CD Latihan tersebut saya jual melalui online dan alhamdullillah, sambutannya sangat menggalakkan.
Muka depan CD KRS Volume

Dalam CD KRS Volume 1- saya masukkan secara umum tentang beberapa kurikulum yang saya rasakan perlu untuk dikongsi bersama rakan-rakan jurulatih mahupun oleh anggota KRS. Antara tajuk yang menjadi pilihan adalah Asas KRS yang menumpukan kepada perlembagaan, pakaian, lagu dan juga sistem pangkat KRS. Selain dari itu saya selitkan juga tentang Asas Ikhtiar Hidup yang mengutarakan sub-tajuk berupa Jerat & Perangkap, Masakan Rimba, Perlindungan Sementara atau Bivouc, Fire Craft .


Tajuk lainnya adalah Simpulan yang saya hasilkan melalui dua cara iaitu animasi dan tanpa animasi. terdapat beberapa puluh jenis simpulan yang boleh digunakan dalam latihan mingguan. Jurulatih atau pelajar boleh menggunakan perisiannya secara animasi atau tanpa animasi.


Selain dari tajuk di atas, gejet & Projek Pioneering juga saya selitkan untuk memberikan gambaran kepada jurulatih tentang pembinaan gejet dalam KRS. Saya merasakan perlu bagi KRS menguasai pelbagai kemahiran sebagaimana yang dirangka dalam sukatan KRS.

Asas Pertolongan Cemas dan Perkhemahan juga saya terapkan sebagai tajuk tambahan yang dapat memberikan gambaran  kepada jurulatih untuk melaksanakan aktiviti tersebut di pasukan masing-masing.

Kesemua tajuk di atas, saya "compile" dalam sekeping CD dan dijual pada harga RM30.00 termasuk kos penghantaran. Mereka yang berminat boleh menghubungi saya melalui email saya- krsnsembilan@gmail.com , mengisi borang pesanan on-line yang saya sediakan dan saya akan hubungi semula pemesannya atau melalui SMS- dengan menghantar SMS "CDKRS" ke no 013 6641620.

CD BAHAN LATIHAN KRS VOLUME 2

Dan kini beberapa koleksi CD telah sedia untuk dipasarkan, antaranya:

CD BAHAN LATIHAN KRS VOLUME 2
Menumpukan tajuk-tajuk lanjutan tentang perkhemahan, Ikhtiar Hidup, Simpulan & Ikatan dengan berjenis-jenis simpulan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini, Asas Pertolongan Cemas dengan tumpuan kepada tajuk-tajuk seperti Renjatan, pendarahan, kepatahan dan sebagainya, Khidmas Masyarakat dan cara melaksanakan khidmas masyarakat. Kesemuanya dalam sekeping CD dan dijual dengan harga RM30.00

CD PANDUAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL, KOPRAL, SARJAN KRS
Disusun menurut kehendak ujian dan boleh dijadikan panduan penyediaan Buku Log KRS. Setiap satunya memberikan tumpuan kepada aspek ujian yang perlu, persediaan sebelum ujian serta contoh-contoh simpulan & ikatan, nota ketatanegaraan, kecergasan dan sebagainya.
Setiap keping dijual secara berasingan pada harga RM20.00 sekeping CD.
Cara pembelian adalah sama dengan cara di atas.


Muka Depan CD Panduan Ujian Kenaikan Pangkat

Bagi jurulatih dari Negeri Sarawak, pembelian boleh dibuat terus dari Kapten (KRS) Amri. Bagi negeri-negeri lain boleh berhubung terus dengan saya di talian:
0136641620

Pesanan On Line
http://cdkrs.blogspot.com

Tuan-tuan boleh membuat "misscall" dan saya akan hubungi tuan-tuan semula pada kadar segera.
Selamat beraktiviti


Jerat

Jerat merupakan salah satu cara mendapatkan makanan di hutan sewaktu aktiviti Ikhtiar Hidup. Jerat yang baik, lokasi yang strategik, umpan yang menarik adalah faktor utama memungkinkan anda mendapat apa yang anda hajati. Seperti kata orang tua-tua, jika mahu mendapatkan kancil, gunakan umpan daun Memaya, jika mahu mengumpan landak gunakan buah-buahan yang digemari. Dalam konsep ini, umpan, jerat dan lokasi memainkan peranan saling bantu membantu.

Terdapat beberapa jenis jerat yang boleh dihasilkan sewaktu Ikhtiar Hidup. Antara yang popular adalah jerat bidas. Jerat jenis ini boleh membawa dua natijah iaitu mangsa dapat diperolehi secara hidup atau mati. Anda harus memasang jerat tersebut dengan berkesan agar binatang yang anda perolehi boleh dimakan setelah jerat anda bingkas.



Beberapa Jenis Jerat

Masakan Rimba

Apabila berbicara tentang masakan rimba, seringkali kita akan melihat Pengakap sebagai panduan. Roti Lilit adalah sinonim dengan masakan rimba. Saya merasakan bahawa masakan rimba mempunyai ertikata yang luas. Bukan sekadar menghasilkan Roti Lilit tetapi kaedah masakan yang dihasilkan adalah perlu diterapkan kepada pelajar.

Secara umumnya ada beberapa cara masakan rimba boleh dihasilkan. Antaranya adalah dengan kaedah merebus, memanggang atau membakar makanan terus ke dalam api. Kaedah-kaedah ini boleh digunakan untuk jenis makanan yang bersesuaian. Seperti ubi kayu.  Juadah ini boleh disediakan dengan dua cara iaitu merebus atau membakar. Ubi kayu yang telah dibersihkan dari kotoran seperti tanah dan sebagainya boleh dimasukkan ke dalam api atau bara api. Setelah beberapa ketika anda boleh keluarkan dan kikis bahagian luarnya dan kemudian patahkan. Hasilnya ubi kayu yang sudah boleh dimakan dengan rasa yang lebih enak.
Penyediaan makanan secara masakan rimba
Bagi jenis makanan yang boleh direbus seperti ubi, telur ataupun  beras, buluh yang sesuai boleh digunakan untuk menggantikan periuk. kekuatan api yang sesuai boleh menentukan kadar masa masakan tersebut masak dengan baik.

Kreativiti dalam aktiviti ini harus ada. Jangan terlalu mengikut apa yang orang lain buat tetapi cipta sesuatu yang baru, selamat dan boleh diguna pakai oleh orang lain. Selamat beraktiviti.

kj.krsn9/zmn2011

Rabu, 21 Disember 2011

TIPS UNTUK PENGGUNA TELEFON BERKAMERA

Dewasa ini, ramai pelajar telah mempunyai telefon yang canggih dan kadang kala berharga mahal. Dan antara yang menjadi kegilaan mereka adalah mengambil gambar foto terutama sewaktu perkhemahan atau apa sahaja aktiviti.
Jika anda adalah salah seorang daripada jutaan pengguna yang mempunyai telefon berkamera dan mahukan gambar yang terbaik, berikut adalah beberapa tip yang perlu anda ikuti.
1. Ambil gambar seberapa banyak yang boleh. Golongan profesional akan mengambil ratusan gambar foto daripada pelbagai sudut dan posisi. Kemudian pilih yang mana terbaik dan buang yang lain. Anda juga boleh cuba mengambil foto dengan cara yang berlainan.




2. Pegang kamera dengan baik, gunakan kedua-dua tangan jika boleh dan tekan bebutang dengan baik. Kebanyakan imej yang dihasilkan adalah kabur kerana pergerakan ketika anda hendak menekan bebutang. Jika suasana sekeliling agak suram anda boleh pastikan yang kamera anda juga disuramkan dengan meletakkannya di sebelah pokok atau objek besar.


•Pencahayaan
•Pemandangan
• Penyelenggaraan
Pencahayaan


Berhati-hati dengan kualiti dan arah cahaya. Masa yang paling baik untuk merakam foto adalah dalam cahaya luar yang terang dan ruang bilik yang penuh dengan cahaya. Dalam cahaya seperti ini foto anda akan menjadi cantik. Jika dalam cahaya matahari yang terang pastikan yang anda membelakangkan objek yang hendak diambil fotonya. Cara ini mengelakkan kamera anda terdedah dengan cahaya yang berlebihan dan membuatkan objek lebih mudah diperhatikan. Untuk merakam warna yang baik pula, masa yang sesuai adalah senja atau syuruk di mana cahaya matahari masih kurang panas.


1. Dalaman, gunakan flash (jika ada) atau posisikan subjek berhampiran tetingkap di mana ada cahaya dari luar.


2. Gunakan cuaca. Hujan, salji atau kabus memberikan anda foto yang terbaik. Jika ia hujan atau salji pastikan kamera anda dilindungi daripada terkena air atau ais. Pastikan yang anda berada di sebalik tingkap kereta atau rumah ketika merakam imej.

Pemandangan

1. Apabila mengambil potret individu atau kumpulan, dapatkan kumpulan itu rapat serapat yang mungkin supaya muat pada bingkai imej. Jangan berdiri terlalu jauh daripada kamera kerana ini akan membuatkan imej anda kabur. Jangan memakai topi atau kaca mata hitam. Dapatkan juga latar belakang yang baik.




2. Untuk imej aksi, seperti meniup lilin pada kek harijadi, perhatikan aksi dan baru rakam. Kelewatan ini adalah sesuai untuk kamera digital.


3. Pada gambar lanskap tambah subjek pada bahagian depan. Tambahan ini merupakan rumah, atau apa sahaja untuk memberikan imej itu suatu titik menarik. Pastikan juga anda bermain dengan garisan horizon. Dengan cara ini anda pasti akan mendapat gambar yang sesuai yang lengkap dengan awan dan latar belakang yang menarik.



3. Pada konsert dan acara awam, rakamkan konsert itu secara keseluruhan dan tidak hanya kepada penghibur itu sahaja kerana anda tidak akan dapat merakam imej yang baik dari jarak yang jauh.

Penyelenggaraan

1. Pastikan telefon kamera anda sentiasa bercas.




2. Muat turunkan gambar-gambar dengan kerap, untuk membebaskan muatan memori untuk gambar-gambar lain.








3. Tambah lagi memori kepada telefon anda. Lebih banyak memori, lebih banyak foto yang boleh dirakam dan lebih banyak saat-saat indah dapat dirakam. Jika anda sedang melancong, pastikan foto-foto anda disimpan ke dalam CD.



Sekarang anda boleh mengambil gambar-gambar yang menarik dengan telefon berkamera anda.


Selasa, 20 Disember 2011

ISTIADAT DAN TATACARA KADET REMAJA SEKOLAH

Sebagai sebuah badan beruniform, Kadet Remaja Sekolah mempunyai istiadat dan tatacara yang perlu dipraktikkan di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Perlu diingatkan bahawa KRS telah diterima pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pasukan peneraju bagi semua pasukan beruniform di sekolah. Oleh itu beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian semasa melakukan upacara/istiadat beruniform di sekolah-sekolah, iaitu:-

a.             Pelajar/pasukan  KRS mengetuai perbarisan/upacara beruniform.
      b.             Pengetua & Penolong Kanan Kokurikulum memakai uniform KRS dalam setiap
                  upacara rasmi badan-badan beruniform.

 Pembentangan tajuk ini bertujuan memberi kefahaman dan panduan kepada peserta dalam:-

a.         memainkan peranannya agar bersesuaian dengan jawatan sebagai  Komandan   KRS/TKRS sekolah semasa beruniform, dan
b.              memberi nasihat/panduan kepada guru dalam melaksanakan istiadat beruniform.
              (rujuk lampiran)

 Keperluan Pemakaian Mengikut Acara.

     1.         Uniform No. 2          - Majlis/upacara rasmi.
     2.         Uniform No. 3          - Pakaian pejabat (boleh digunakan semasa
                                                 sesi persekolahan/mesyuarat dll)
     3.         Unifom No.4            - Pakaian Latihan

 Beberapa Peraturan Semasa Beruniform.

     1.             Memakai uniform dengan betul.
 
       a.             Memakai beret/peak cap/bowler hat semasa:-
                        -                      Melalui pintu kawalan/gate
                        -                      Berjalan semasa beruniform
                        -                      Berada dalam majlis rasmi
                        -                      Memberi ucapan, membuat perasmian dll.

     b.             Menanggalkan beret/peak cap/ bowler hat semasa:-

                        -                      Makan
                        -                      Di tandas
                        -                      Bekerja  dalam pejabat/kelas

     2.             Memberi dan menerima hormat dengan betul.
      a.             Memberi hormat kepada pangkat atasan.
      b.             Membalas hormat kepada pangkat bawahan.

      Praktikal.
      i.              Cara hormat KRS
      ii.             Hormat semasa berdiri (berhenti)                  – dengan/tanpa tongkat
      iii.            Hormat  semasa berjalan                              - dengan/tanpa tongkat
      iv.            Menerima hormat semasa duduk      

      3.             Membawa dan menggunakan tongkat dengan betul.
      a.             Bimbit tongkat
      b.             Kepit tongkat.
                  a.             Rusuk tongkat
                  b.             Memegang tongkat semasa duduk
                  c.             Meletak tongkat dan peak cap/ bowler hat di meja yang dikhaskan di
                               dewan makan (majlis rasmi).
 SIKAP & PERIBADI
          DISIPLIN
          TEGAS
          GIGIH
          JUJUR
          ADIL
          WIBAWA
          IKHLAS
          BERTANGGUNGJAWAB
          DEDIKASI
          AMANAH
          SABAR
          TABAH
          YAKIN AKAN KEBOLEHAN DIRI SENDIRI

 PENAMPILAN DIRI
          BAHAGIAN MUKA: BERCUKUR RAPI,MISAI DAN JANGGUT DIDANDAN RAPI, BULU 
         HIDUNG DIPOTONG, GIGI DIGOSOK
          RAMBUT PENDEK DAN NIPIS

 PAKAIAN KEPALA
          BERET / PEAK CAP HENDAKLAH DIPAKAI DENGAN BETUL
          LENCANA BERET BERTENTANGAN DENGAN MATA KANAN
          TEPI BERET DUA JARI DARI KENING   KANAN
          TUDUNG DIMASUKKAN KE DALAM BAJU (PEREMPUAN)

 BAJU
          BAJU HENDAKLAH KEMAS & DISTERIKA
          POKET HENDAKLAH DIKOSONGKAN
          LEBIHAN BENANG-BENANG JAHITAN HENDAKLAH DIPOTONG
          LENCANA DAN PANGKAT / AKSESORI HENDAKLAH DIBERSIHKAN DAN DIPASANG
         DENGAN BETUL
          LANYARD KEMAS

TALI PINGGANG

          MESTILAH DIPAKAI DENGAN KEMAS DAN KETAT
          BUCKLE HENDAKLAH BERKILAT & BERADA DI TENGAH-TENGAH   DI HADAPAN    
         SEJAJAR DENGAN BUTANG BAJU
          HUJUNG TALI TIDAK KELIHATAN

 KASUT
          HENDAKLAH BERSIH DAN BERKILAT
          TALI KASUT DIIKAT KEMAS DAN HUJUNG TALI TIDAK KELIHATAN
          KASUT POTONG BERSTOKIN HITAM

Rujukan:
Sekteriat Pengurusan
 Kadet Remaja Sekolah
 Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

JATA NEGARA

Jata Negara adalah salah satu lambang kebesaran negara. Digunakan bagi mewakili pelbagai urusan. Tetapi tahukah anda, bahawa Jata Negara telah mengalami sedikit perubahan. Apakah perubahan yang berlaku?

  • Lambang Persekutuan Tanah Melayu telah diperkenalkan dan diwartakan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1952.
  • Reka bentuk Lambang Persekutuan atau Jata Negara ini diusahakan oleh Jabatan Ukur menggunakan enam warna.
  • Reka bentuk lambang ini telah diusahakan dalam masa yang lama dan telah dibincangkan bersama-sama dengan Sir Henry Gurney dan Raja-raja Melayu.



  • Jata Negara yang ada sekarang mempunyai beberapa perubahan.
  • Lambang-lambang bagi Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah diubah beberapa kali.
  • Dalam versi baru harimau pada Jata Negara dikemas kini pada bahagian kepala harimau.

SIMPULAN UNTUK AKTIVITI MENYELAMAT DAN JUGA IKHTIAR HIDUP

Jika dilihat kedua-dia simpulan di atas sekan sama. keduanya dari keluarga Bowline atau Tindih Kasih. tetapi bagi simpulan Tindih Kasih yang pertama, sesuai untuk aktiviti menyelamat dari air ke darat. Penyelamat biasanya mengikat mangsa mengunakan Simpulan Tindih kasih. Selain itu simpulan ini berguna untuk mengikat leher binatang atau menjadi ikatan "sesauh" atau anchor.

Running Bowline
Simpulan Tindih Kasih yang kedua dikenali sebagai Running Bowline. Berguna untuk menghasilkan jerat dalam aktiviti ikhtiar Hidup. Loop pada simpulan ini boleh bergerak bebas dan mencerut apabila kayu bidas jerat di langgar oleh mangsa.
Anggota KRS boleh mencuba menghasilkan kedua-dua simpulan ini dan digunakan dalam ujian kenaikan pangkat anda. selamat mencuba.

kj/krsn9/zmn11

IKATAN UNTUK MENYAMBUNG DUA KAYU

Berikut beberapa cara ikatan untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang “x” atau “t”. Ikatan-ikatan ini lebih menguatkan kedudukan kayu peda gejet atau projek penerokaan yang anda buat. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Sekiranya anda inginkan ikatan yang kukuh, adalah lebih baik jika bahagian yang bertemu di takuk bagi membolehkan  ikatan menjadi kukuh dan tidak bergerak terutama jika anda menghasilkan rak atau meja makan. Seperkara lagi, buluh tidak sesuai diikat bersama kayu. Jika buluh, biarlah dengan buluh sahaja.

Satu petua lagi ialah penggunaan pasak. Lapangkan sedikit masa untuk menghasilkan pasak kecil untuk diselitkan di celah-celah ikatan agar ikatan menjadi lebih ketat dan kemas. Bagi buluh, tali yang paling sesuai adalah tali jerami (tali guni), rotan ataupun tali pengikat bungkusan.
IKATAN SERONG JEPUN




IKATAN SERONG FILIFINA




SHEER LASHING
Menyambung dua batang kayu
Mungkin anda ingin menyambung kayu untuk menghasilkan tiang yang lebih panjang untuk bendera dan sebagainya. Maka ikatan ini lebih sesuai digunakan.  Sebaik mungkin pasak kecil dimasuk pada ruang tali yang kosong untuk mengetatkan tali.
Sebaik sahaja habis menghasilkan ikatan. tali yang berlebihan di matikan menggunakan Simpul Mati dan bahagian hujungnya dipotong agar kelihatan kemas dan menarik. jangan biarkan begitu sahaja
Oleh: kj/krsn9/zmn11